Perbezaan RM 1 Dan Rm 100

Bismillahirrahmanirrahim :)

Korang semua pun tahu, wang RM 100 dan RM1 sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk diedarkan kepada masyarakat. 

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit tersebut. 
RM100 bertanya kepada RM1,  "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"  RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis". 

 Lalu RM1 Bertanya balik kpd RM100,  "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"  Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet. Heh!" 

Lalu RM1 bertanya lagi,  "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"  Dijawablah, "Hurm, tidak pernah. Kenapa?"  

RM1 pun berkata lagi,  "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH.  Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"  

Akhirnya, menangislah RM100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.  Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan ALLAH.  

-Copy from HERE-

Tips dimurahkan rezeki --> Derma duit yang PALING BESAR dalam dompet anda dan niatlah kerana Allah. Yakinlah kita takkan jadi miskin disebabkan itu. Allah akan balas berganda dari apa yang kita beri. InsyaAllah :)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

4 Kata-Kata Pujangga:

mselim3 said...

Assalammualaikum..

bagus cerita nie.. cerita mootivasi utk kita memperbaiki amalan kita. Insaallah ada rezeki sedekah yang terbaik dan yang paling besar bagi diri ini..

mselim3

Mummy MM said...

In shaa Allah akan dijadikan pengajaran. Angel Love Soldier

Zierwa Zainal said...

perkongsian yang baik :)

Ibu Fahim said...

Lagi banyak memberi, lagi banyak kita dapat...In sya Allah...;-)

TQ for the kind reminder.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015