FarhanahAdzlan06Blogspot

MISI KEMANUSIAAN KEMBOJA-VIETNAM

Bismillahirrahmanirrahim :)


Alhamdulillah masih bernafas lagi blog ni :)

Tanggal 14/07/2016-20/07/2016 yang lepas selesai untuk Misi Kemanusiaan Amal Bakti D'Aceh. Sebelum tu pada bulan 4 2016 juga telah selesai Misi Kemanusiaan Mahal Hagnaya D'Philippines <-- (LINK ENTRY LEPAS)


Airport Banda Aceh. Hari Terakhir.


Fokus ke Aceh adalah berbeza ketika di Filipina. Kaliini lebih memfokuskan pada anak yatim dan pembangunan sebuah kampung.
Bawah antara video kenangan ketika berada di Aceh :)



Alhamdulillah. Kali ini diberi peluang lagi untuk menyertai misi sebegini lagi. Kaliini di KEMBOJA-VIETNAM. Moga apa yang kami lakukan ini dipermudahkan urusan dan diredhai Allah :)

Pada 21 Mac 2017- 27 Mac 2017, saya merupakan sukarelawan daripada Event Management Club (EMAC) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menyertai Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (Misi K) yang bertujuan membantu komuniti islam di negara tersebut. Bentuk bantuan adalah seperti :

1) Membina Madrasah (Kemboja) 

2) Membaiki Masjid/ Surau (Vietnam)
3) Sumbangan keperluan makanan pada fakir miskin dan gelandangan
4) Medical care

Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik Tuan/Puan untuk memberikan sumbangan seikhlas hati bagi menjayakan misi ini.
Sumbangan boleh dihulurkan melalui no akaun :
Bank Rakyat - 221161197696 
( Muhammad Syazly bin Rosdy - Bendahari Misi K)

Sebarang transaksi perlulah dimaklumkan untuk direkodkan dan bagi bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang berlaku. Setiap bukti transaksi boleh email pada hanaadzlan@yahoo.com . Sebarang pertanyaan juga boleh melalui FB saya Farhanah Adzlan.
keprihatinan Tuan/Puan amat saya hargai.
Sekian, Terima Kasih.


p/s: Saya juga memohon jasa baik kalian untuk mewar2kan mengenai misi ini :)



Farhanah bt Saifor Adzlan
Sukarelawan
Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam 2016
Event Management Club (EMAC)
Universiti Malaysia Terengganu
0132448734
hanaadzlan@yahoo.com



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Misi Kemanusiaan Mahal Hagnaya D'Philippines

Bismillahirrahmanirrahim :)


Blog berhabuk. *FUHHFUHH*BERSIHHABUK*


Pada 1 April 2016-7April 2016 alhamdulillah dengan izin Allah aku menjejakkan kaki di Filipina dengan membawa satu misi. Sebelum ini pernah ditulis di blog ini mengenai misi ini DISINI :) So now nak coretkan dalam blog ni supaya aku takkan lupa segala pengalaman yang Allah telah beri :)


Sebelum bertolak KLIA 2.

Sebelum berlepas ke Filipina.

Inilah masjid tempat kami tidur dan menjalankan aktiviti.

Alhamdulillah kami disambut sangat baik oleh adik2 Cebu Madinah
 (nama kampung).


Terdapat segelintir kanak-kanak disitu yang tidur di masjid beralaskan lantai/sejadah berselimutkan kain batik/kain pelikat. Allahu :'(
Kami disana merasai sendiri masak meenggunakkan dapur kayu untuk dimakan oleh lebih 100 orang. Disini juga kami bermandikan air payau belum lagi mandi dengan 'air embun'. Perkara ni semua mengajar diri untuk sentiasa bersyukur :)
Pada waktu petang akab bermain random games. Volleyball,basket ball, anak2 ayam dan macam2 ;) Mereka sangat handal bermain volleyball dan basketball.
Menyampaikan sumbangan di Caritas Village.
Dua budak yang sangat rapat :)
Kami juga menyaksikan pengislaman dan pernikahan mereka berdua depan mata.  Alhamdulillah.
Hari last di Cebu Madinah. Time ni juga buat rakaman ucapan selamat hari raya untuk ditayangkan di TV3 kau jahh. haha

Menyampaikan sumbangan keperluan asas mangsa perkampungan yang terbakar. Allahuakbar. Rasa nak menangis bila tengok keadaan mereka disana. Moga Allah sentiasa mudahkan urusan mereka.

'Volunteer gigih' members ;)
Volunteer  MAHAP :)

Next Mission di Acheh, Indonesia. May Allah ease everything.



Terima kasih Allah untuk peluang dan pengalaman ini. 


p/s: InsyaAllah misi ini akan ditayangkan di TV3 hari kedua raya*maybe* Majalah 3 rasanya *takingat* Kalau uolss terperasan tentang misi ni di tv tengok sampai habisss tauuuuu hihi



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015