Tips Atasi Ketagihan Terhadap Sesuatu

Bismillahirrahmanirahim :)


'aku deactivate acc tu~~ sebab from now on, no more kpop!! new year resolution!!'
'Seriusly?'
'Yup. Semua aku dah delete lagu video kpop semua dah takde'
'Dahsyatnya cara behenti kau. Tak tahan lama kalau benti mengejut camtu'
'Thats the only way to stop.'
'We look and see kayy'



Seminggu kemudian.

'Aku memang takleh tinggalkan kpop :'('
'Tu laa aku cakap mana boleh behenti drastik camtu. Jiwa kau dah sebati dengan kpop. Sama jugak dengan orang merokok. Takdenyer selama 10 tahun merokok berguni2 esoknya nak stop terus.'
'Aku betul2 nak stop dari kpop ni'
'Untuk berhenti kau kena kurangkan dulu bukan stop terus. Amik kertas tulis apa yang kau nak kurangkan contohnya sehari dengar sekali jee lagu kpop. Buat selama sebulan. Tepek kertas tu kat tempat yang kau selalu nampak. Macamtu jugak bulan2 yang seterusnya.'
'Yea. One step at a time'
'Jangan risau takde orang yang pukul kau nak berubah slow2 ni. Laju2 nak kemana haha'


Sebenarnya taktau nak letak tajuk apa yang sesuai. haha


Konklusi dia kalau nak berubah ke hape takpayah nak drastik dahsyat bebeno contoh dari free hair terus ke tudung labuh berpurdah. Buat sikit2 asalkan istiqamah dan perubahan tu sentiasa ada dari semasa ke semasa.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Nikmat Kesihatan | Demam Denggi

Bismillahirrahmanirrahim :)


Baru2 ni my BFF kena demam denggi dan ditahan di hospital. Setelah 4 hari dia kat hospital akhirnya esok dia boleh keluar. Yeayyy. Sempat melawat dia dua kali di hospital Kajang.

Selama dua kali aku melawat dia kat hospital seriusly im feel like syukur gila Ya Allah kau bagi aku nikmat kesihatan yang teramat sangat. Aku terfikir kalau aku di tempat kawan aku dan orang2 lain kat wad tu adakah aku mampu menahan kena cocok bagai banyak kali makan ubat yang pahit gila babeng. Panadol pon I tak makan selama almost 20 tahun hidopp. Sebab tak suka makan pil2 bagai. Tengok tangan yang kena cocok sana sini pon dah tak sanggup nak tengok apatah lagi orang yang kena cocok sana sini sinun sinin.





Hospital Kajang penuh gila. Wad lelaki penuh sampai kena masuk wad perempuan. Kali kedua datang tengok2 ada lelaki. Serius terkejut sebab aku rasa ingatan aku dah betul tingkat dua dan blur 5 minit depan wad tu lol

So I sebagai orang yang sangat prihatin*hahahaktuih* mengingatkan diri sendiri dan korang yang membaca ni jaga kesihatan bersihkan rumah dengan sebetulnya espicially yang tinggal kat BANDAR BARU BANGI itu kawasan feveret nyamuk.

Kat bawah ni maklumat sikit pasal demam denggi yang dikorek DISINI.

Punca demam denggi;

1-Longkang-longkang di sekitar taman yang dipenuhi sampah, timbunan tanah dan rumput-rumput yang telah tumbuh. Ini menyebabkan ada air yang bertakung dan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes

2-Sikap pengotor segelintir penduduk yang mengabaikan aspek kebersihan, termasuk membiarkan air bertakung sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dikenal pasti antara punca peningkatan kes denggi.


Berikut adalah 9 tanda kita telah digigit nyamuk Aedes;
  • Cirit-birit
  • Demam secara mengejut
  • Loya dan muntah-muntah
  • Ruam dan gatal-gatal
  • Sakit bahagian belakang biji mata
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit otot dan sendi yang teruk
  • Sakit perut
  • Sakit pinggang yang teruk (demam tulang pecah)


BFF I cakap dia dah ada tanda ni semua gi klinik swasta dua kali tapi dua2 kali tu cakap 'Ni bukan demam denggi ni'. KALI KETIGA dah parah baru suruh gi hospital kerajaan untuk amik darah.
 Rasa nak saman doktor kat situ -,-



Bila mana nikmat kesihatan ditarik dan diganti sedikit ujian kesakitan, barulah akan rasa nikmatnya kesihatan yang ALLAH pinjamkan.


Jangan mengeluh kerana sedikit ujian kesakitan kerana itu tanda ALLAH masih sayangkan kita supaya kita sentiasa bersyukur atas nikmat yang lebih banyak diberikan.




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Permohonan UPU - Ijazah Sarjana Muda

Bismillahirrahmanirrahim :)



Sekarang ni musim isi UPU budak2 lepasan SPM/STPM dan yang sewaktu dengannya. Aku juga tidak terkecuali.


Haa nampak tak?
Moga2 ada rezeki nak sambung degree :)

Banyak maklumat yang boleh didapati kat dalam group HALATUJU Pendidikan Selepas SPM dan Group Study N Perbincangan STPM Batch 2013/2014. Lebih suka jadi silent reader dan baca soalan2, pendapat dan comment2 orang lain. Kita akan dapat banyak ilmu di luar bidang kita.

Tapi ada satu perkara tak gemar dengan group2 camni..Iaitu tanya soalan secara melulu dan membabi buta. Tak buat research or scroll ke bawah tengok adakah soalan yang kita nak tanya tu dah ada orang lain tanya ke. Kadang dalam sehari ada 5/lebih orang tanya soalan sama --'

Contoh:
'Bila result penuh keluar?'
'Camne nak cek result?'
'Apa kos yang sesuai dengan subjek saya ambil. Saya blurr sangatx1000'
'Kalau result begini layak tak untuk kos ini?'

Kalau budak lepasan SPM bolehhlaa sikit2 terima..Ini dah 20 tahun nak tunggu semuanya disuap. Soalan yang kita tanya tu sebenarnya menggambarkan siapa diri kita.

Kalau pelajar STPM komfem2 kena rajin bukak web MPM. Do research first. Tengok Syarat kemasukan Universiti iaitu DISINI. Google tentang kos yang macam kita minat. Baru tanya soalan yang bersesuaian. Bukan dari A-Z mengharapkan ada orang bagitau kita. Sepatutnya pengalaman SPM mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan bijak.

Jangan kasi alasan pakai phone. Kita pon pakai phone cabuk jee tiap hari boleh jee scroll group2 tu :)

Usaha tangga kejayaan. Ubah yang biasa. Biasakan yang betul. Ubah yang biasa jadi luar biasa :)


Renung2kan dan selamat beramal :)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

CPUV Nuffnang: Maggi Kari - Curry Festival

Bismillahirrahmanirrahim :)



Sebenarnya macam nak update cerita lain tapi cerita pasal Nuffnang jugak yang nak dipublishnya dulu. Walaupun dah dua entri berturut2 pasal Cpuv Nuffnang jee. hihi. Nak update tiap hari kekangan masa. Takpe lek luu update satu2 hihi



Terjumpa pasal Curry Festival kat Penang dekat blog Sis Elly in Wonderland. Yang terbaru ialah Penang Seafood Curry. Setakat ni masih tak jumpa lagi di pasaran mungkin disebabkan yang selalu pergi kat tempat2 megi ni adik aku je haha

Cakap pasal maggi ni mesti teringat zaman belajar. Terutama sekali yang pernah tinggal asrama. Hujung minggu kalau tak balik rumah mesti makan megi. WAJIB! Makan megi berjemaah :) Paling best makan beramai2 tapi tak pernah lagi makan dalam gayung haha

Terliur tak?

Time kerja part time pon aku yang ajar deme makan maggi berjemaah haha Selain dari menjimatkan duit dan masa best sebab ada orang yang tolong masakkan haha Setakat ni paling maju masak megi dengan telur jee. Tak pernah letak itu ini bagai. Walaupun cuma letak telur jee itupun dah boleh buat terliur XD

Setakat ni yang paling gemoo sekali maggi curry dengan tomyam. Pernah terpengaruh dengan Filem Istanbul Aku Datang tetibe ketagih makan megi asam laksa haha


Korang pon mesti mostly suka maggi curry en? Cer kabor sikit hihi

p/s: Sambil2 makan maggi jangan lupa amalkan gaya hidup sihat :)




Dah Baca? Like dan Comment la =)

CPUV Nuffnang : Nike Running Tights | Bahana Tak Pakai Mekap

Bismillahirrahmanirrahim :)


Ada dua entri dalam satu. Pakej untuk yang semalam punya dan harini hihi
First sekali Alhamdulillah sebab dapat cpuv lagi kat Nuffnang :)



Dia bagi 5 Februari tapi 8 Februari baru perasan hihi 

- Nike Running Tights -


Kalau aku memang tak pakai benda ni semua memandangkan aku ni bukannya sports person sangat setakat kalau lari merentas desa time sekolah pon pakai tracksuit jee hahaha

Nak tengok banyak lagi dengan lebih jelas KAT SINI. Tak galakkan untuk memakai tapi setakat nak tengok jee takde masalah ;)


Cerita kedua pasal Bahana Tak Pakai Mekap. Jumpa benda ni kat twitter.


Bila baca benda alah ni terus terpikir kena cari laki yang boleh terima aku seadanya. haha. Sebab aku ni bedak apa jenis bedak aku tak tepek kat muka. Sebab tak suka sangat bau2 bedak ni. Pakai bila hanya dipaksa my mom when she said 'Muka dah macam anak orang bangla tak sedar diri' 
Patah jiwa raga I bila ibu sendiri cakap camtu haha

Tapi sejak kerja ni walaupun cuma guru tadika terpaksa memaksa diri tepek sikit compact powder sikit lip balm sikit itu sikit ini sikit setakat gitu2 je asalkan nampak lebih meyakinkan sikit gituu haha

Tak pakai mekap langsung tidak digalakkan pakai berlebihan pon tak boleh gak. Ikut keadaan dan keperluan semasa. Sebab pernah terbaca gak ada yang dibuang kerja sebab mekap berlebihan --'



So whats your opinion about this?




Dah Baca? Like dan Comment la =)

CPUV Nuffnang: Physiogel - Ready for Anything

Bismillahirrahmanirrahim :)


Alhamdulillah walaupun blog ni suam2 kuku ada jugak cpuv dari nuffnang melekat kat blog ni. Ada jugak cpuv dari tahun lepas yang still on going :)


Yang terbaru CPUV Physiogel - Ready for Anything. Rasanya ramai blogger lain pon dapat cpuv yang sama jugak :)

Google benda alah ni hape benda laa kan haha and I got this review about this product from THIS BLOG.


Untuk gegirl sesuai laa dengan product ni. Nak tau lebih lanjut TERJAH SINI dan TERJAH SINI. Review about this product BLOG INI :)



Selamat bekerja bagi yang bekerja dan Selamat belajar bagi yang masih belajar tidak kira dimana saja :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Pre-loved SALE!

Bismillahirrahmanirrahim :)


First of all read this :)

-Pastikan serious buyer yaaa..
-Semua koleksi preloved ni tak pernah dipakai langsung kalau pernah dipakai pon sekali sahaja..
-Harga yang dalam gambar tidak termasuk postage pos laju
-Condition baju jangan risau, still in good condition. 

Untuk order, sila siap-siap anta details macam ni k :)

NAMA :
ALAMAT :
NO.PHONE :
CODE : *contoh:Lycra Cardigan*
WHATSAPP / TELEGRAM 0175493600 for order :)


Material tudung bawal 1: Chiffon
Hanya tudung 1 pernah pakai sekali. Yang lain still freshh hihi

NEW! 100% good condition.

NEW! 100% good condition.

NEW! 100% good condition.

NEW! 100% good condition.

Condition : 8/10

NEW! 100% good condition.

NEW! 100% good condition.

Pernah sekali jee pakai :)
Condition: 10/10

NEW! 100% good condition.

For online purchase kindly TEXT or WHATSAPP : 0175493600 -Will reply within 24hours :)

Feel free to visit my friend IG shop @thedorothyshop sebab dia yang tolong jualkan semua ni :)

@thedorothyshop ada banyak benda Perfumes, Dress, Skirt, Powerbank etc dalam satu IG shop sahaja :)

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi bermuamalat dengan kami :)




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Home Organizing : Peti Ais

Bismillahirrahmanirrahim :)

Kadang duka google pasal home organizing, home decor, diy itu ini macam2 lagilah. Suka tengok. Nak buat ikut mood haha

Harini jumpa tips untuk peti ais kemas. Dekat BLOG INI.

1. Simpan barang dalam bakul.

Keep things in place with baskets.
Sources : Google



2. Guna Alas untuk lapik permukaan fridge.

Line your shelves with easy-to-clean mats.
Sources : itsanorganizedchaos.com 


3. Labelkan bakul yang ada


LABEL the baskets.
Sources : Google



4. Labelkan bahagian pintu


Label the doors.
Sources: Google

5. Wrap the tray dengan plastik.



6. Simpan bahan mentah dalam bekas. Dan bukannya plastik

Gunakan bekas petak lagi jimatkan ruang!.



Serius nampakk sangat kemas cantik tersusun. Love it :)
Banyak diy, home organizing yang lain jumpa kat BLOG INI :)
Tengok2 ini entri tahun 2013 kepunyaan blog tersebut iaitu cik hani yang sudah berkawin :) Lepastu dah laa pandai menjahit <3

OK tu jee nak cuci mata lagi kat gugel benda2 yang cantik kemas macamni hihi




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015