7 SUNNAH PENTING Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim :)

Sebenarnyaa banyak sunnah Rasulullah saw yang boleh diamalkan dalam kehidupan kita. Even kita senyum pon dah dapat pahala en?

Tapi apa kata kita cuba praktikkan sikit2 sunnah penting yang Nabi kita sering buat dan ganjaran dia amat besar sekali InsyaAllah.


Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.




Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
 Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.



Tak dapat buat semua dapat buat sikit2 secara konsisten pon lebih baik kan? Dari tak buat langsung or gelojoh nak buat semua tapi tidak konsisten.


Let’s follow the Sunnah of Rasulullah saw :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Giveaway Preloved Books | Flower Crown @reaOutlet

Bismillahirrahmanirrahim :)


http://budaksukavanilla.blogspot.com/2014/12/giveaway-preloved-books.html
Giveaway Preloved Books ini ditaja oleh :
 
Pemenang :
1 Top Referral :  4x buah buku
Random org :
15x buku = 15 pemenang 
1x komik + 4x shiseido mask = 1 pemenang
2x shawl = 2 pemenang
2x topup RM10 = 2 pemenang
1x flower crown = 1 pemenang (dipilih oleh sponsor)
TAMAT 1 FEBRUARI 2015 =
click banner untuk join :)

Kenapa aku tertarik join Giveaway ni?
Sebabbbbb hadiah dia ada BUKU FIXI :)


The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go #Dr. Seuss
_____________________________________________________
Flower Crown @reaOutlet

Ini antara Flower Crown yang terdapat di @reaOutlet.


Sekarang ni di reaOutlet buat promosi pembukaan. All the flower crown diatas ni cuma RM 10 sahaja. reaOutlet juga menerima custom design dari customers. Meh sini aii sertakan sekali pemakaian wide shawl chiffon dengan flower crown :)



Pakai flower crown Yeayy or Nayy?

YEAYYY!
  • Flower crown sesuai dengan baju/dress tu. Kan flower crown ni ala2 style English or vintage gituww. So baju tu mestilah mempunyai ciri2 yang sebegitu.
  • Bila kita pergi occasion yang memerlukan kita melawa macam Wedding or photoshoot majalah. Takdelah nampak pelik. Lawa adalaaa :)
  • Bunga2 flower crown kecil comel dan tidak sarat.
  • Kalau boleh sorokkan separuh dengan shawl so nampak macam cekak lagi nice.

NAYY!

  • Pakai dengan baju yang tidak sesuai. Eg: Baju tradisional melayu like baju kebaya or pakai tshirt ngan jeans. Ehhh. Hahh gitu rasanya..
  • Bila pergi tesco ke pasar malam ke makan tepi jalan kee..Jangan buang tebiatt yaa haha
  • Pakai dengan shawl/dress yang dah sarat dengan labuci/corak. Nampak serabut.
  • Bila bunganya terlalu besar di atas kepala kalah bunga yang ada kat jiran sebelah.
Lebih lanjut terjah Instagram @reaOutlet yaa :)

Okayy sekian sahaja entri ni. Moga2 ada luck untuk menang Fuhh Fuh *Jampiserapah* hahaha

p/s: Share jugak buku apa yang korang sedang baca dan suka baca :)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Bismillahirrahmanirrahim :)

Rasanya dah ramai yang tau tentang Nile.com.my ni. Kat situ ada macam2 dari fashion, books, sports dll :)

Keterangan lanjut klik banner atas ni :)

Saya mahukan barangan di bawah ini dengan harga kurang daripada RM150, jadi saya letakkan kesemua gambar beserta link untuk rujukan semua .


 
RM 31.90

RM 24.60

 
RM 46.10

RM 24.70

RM 17.90

RM 1.51

RM 2.90

TOTAL:
  RM 31.90
+RM 24.60
+RM 46.10
+RM 24.70
+RM 17.90
+RM1.51
+RM 2.90
=RM149.61

Check result DISINI pada 15/02/2015 , 11.59 pm.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Roman Cinta Caliph Buskers MOJO AJL 29

Bismillahirrahmanirrahim :)


Haritu berkesempatan tengok AJL 29 satu jee yang tertarik iaitu Lagu Roman Cinta yang dinyanyikan oleh Caliph Buskers. 



Sampai sekarang walaupun dah dengar banyak kali lagu ni yang dinyanyikan oleh mereka di AJL 29 masih lagi berjaya meremangkan bulu roma and kadang rasa macam nak nangis haha

Korang pon mesti rasa camtu kan?



Dari hanya pemuzik jalanan sekarang di pentas AJL. Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas lagi2 untuk hamba yang selalu bersyukur atas segala nikmat yang diberikan :)

FB Caliph Buskers juga dari 1K sekarang mencecah 73K :D


p/s: sambil update blog lagu ni yang dimainkan banyak kali :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Petua Atasi Tabiat Suka Melambatkan Solat Fardhu

Bismillahirrahmanirrahim :)


Korek2 draft jumpa entri separuh jalan yang tak siap lagi dua tahun lepas punya haha Moga bermanfaat :)

♥ Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.

♥ Set jam waktu solat aka. alarm clock pada handphone anda.

♥ Tampalkan poster poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada
dinding bilik.

♥ Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter, dan chatting dan
terus tunaikan solat.

♥ Ingatlah bahawa setan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti.

♥ Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat diramal. Kalau tak sempat solat lepas tu titibe mati pulak, rugi je...


Entri sebelum ini: 


Moga kita tak termasuk dalam golongan orang2 yang rugi :)

OK Chaww dulu nak bagi makan kucing yang mengada taknak makan whiskas nak makan ikan jee --'



Dah Baca? Like dan Comment la =)

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P.

Bismillahirrahmanirrahim :)


Serius. Rasa macam lama gila tak update blog suam2 kuku ni hihi
Zaman persekolahan pon dah tamat.
Bila keluar rumah mesti senyum sorang2 tengok budak2 yang pakai baju sekolah. Macam tak betul pon ada haha.

Tapi ada satu benda yang aku akui zaman persekolahan paling tak boleh dilupakan. Dalam banyak2 tahun sekolah dari tadika sampai tingkatan enam..Tingkatan Enam yang paling meninggalkan 'kesan' dan kenangan.
Sape tingkatan enam? Gimme five ;)

Tingkatan enam aku rasakan tahun yang paling aku seirius tahap tenuk nak study haha Study stayback kat sekolah sampai petang study group ramai2 dengan skype sampai memalam bute study kat library TTC sampai ke perpustakaan negara tapi aku TAK PERNAH STUDY KAT LIBRARY SEKOLAH haha


Ada satu lagi yang paling berharga yang aku dapat kat tingkatan enam ni. FRIENDS. Yaa kawan memang boleh dapat kat mana2 tapi susah nak dapat yang betul2 kamcing ngam gila babeng lagi2 aku ni seorang yang hambar gila babeng penternak cengkerik yang tegar pelik sengal mengong sikit tapi baik dan sopan santun #Ehh


Mereka nilahh yang ceqq habaq dari tadi. Aku sorang jee yang berbaju sekolah disebabkan aku antara orang yang paling last habis exam. 


Friendship is not about who u spend the most time with, 
its about who u have the best time with.




Setiap kali aku senyum pandang phone mesti ada mulut2 yang cakap 'Wasep ngan boyfriend lettew'. Dorang ni taktau aku tengah melayan kawan yang perangai camm _____________(isi tempat kosong sendiri) yang buat aku senyum dan gelak guling2 haha

Malas nak cakap panjang sebab agak geli cakap sweet2 bagai ni haha :p

Selamat Tahun Baru ;) Moga tahun ni kita menjadi yang lebih baik menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain dan yang paling penting mendapat RedhaNya :)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015