Exam : Be Original | Keep Calm And Study For Exam

Bismillahirrahmanirrahim :)


Trial exam STPM for SEM 1 tinggal dua paper jee lagi Isnin(30/9/2013) depan hihi. Wish me luck :)
 Ok. Sekarang kita akan berbicara tentang sesuatu yang sentiasa terjadi dalam exam? Apa dia? Semua orang mesti tau kan2?

Meniru | Bawak Jembalang/Toyol?Pontianak


Aku dok lee cakap aku ni baik bebeno. Tak pernah terpikir buat semua benda alah tu. Tapi alhamdulillah tak pernah buat pon kayy :) Tapi bagi aku bila seseorang tu dah berumur 18 tahun keatas sepatutnya boleh berfikir dengan waras sewarasnya.

Bukan bermakna yang 18 tahun boleh berbuat sebegitu =p
Kadang kita selalu cakap Lebih baik orang beritahu kita kebenaran yang pahit dan menyakitkan dari memberitahu penipuan yang menggembirakan.

Begitu juga dengan exam.

Takkan kita nak bagitau parents kita result yang palsu kan? Sanggup ke?

Biasanya kalau result aku teruk aku takyah bagitau terus hahaha.

Then ada orang cakap 'Kau dah study Pandai boleh laa cakap macamtu' 'Kitaorang nak elakkan markah 0 je'

Bagiku kita ni dahh besarr. Orang yang cakap sebegitu seperti menunjukkan ketidakpandaian sendiri. Masa sekolah menengah bolehlaa jugak cakap camtu. 

Aku ni dokk leehh pandai sangat. Tapi aku tak pernah tak study LANGSUNGG sampai boleh dapat 0.

Apa2 yang kita buat satu bendaa jee yang kena pikir dulu 'Adakah parents kita happy dengan apa yang kita lakukan?'
Takpun pikir 'aku suka ke kalau anak aku buat camni?'

Tawakal hadir selepas kita berusaha. Bukannya tidak berusaha then tawakal.



Apa pendapat korang tentang Tak sempat study yang menyebabkan markah seseorang itu SIFAR?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Gunakan Psikologi Untuk Sentiasa Menjaga Solat

Bismillahirrahmanirrahim :)


Dibaca dan dicopy dari SINI. Moga kita mendapat manfaatnya bersama :)


Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis


Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :



1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.


Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini. 

Dan jikalau tidak solat kumpul la batang2 mancis tersebut dan nyalakan api dan letak la tangan anda di mancis yang dinyalakan api tadi,rasa kepanasannya....baru api dunia kita tak tertahan ini kan lagi api neraka 

Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali 3 perkara iaitu:1.Sedekah jariah.2.Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya.3.Anak yang soleh yang tidak melupakan mendoakan ibu bapanya.


Renung2kan dan selamat beramal :) Ingatan untuk diri ini juga yang sering lalai.

p/s: LIKE PAGE saya DISINI.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang | Ustaz Azhar Idrus

Bismillahirrahmanirrahim :)

Sebelum baca Tengok cerita terbaru DISINI :)



SINOPSIS USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG :)

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.

Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.


Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.

Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah. -Sumber Sinopsis-

-Soalan lawak haha-

Filem ni ditayangkan betul2 selepas tamatnya exam STPM PENGGAL 1 iaitu pada 28 November 2013. hehe. 


Mesti ramai kann peminat UAI? Lai lai tengok filem ni reramai nanti haha Marilah kita menyokong filem tempatan ceyy Ayat poyoss gilaass..

Akhiri dengan serangkap ayat Quran :)
“.....Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 ).


Movie apakah yang korang suka tengok? Meh share sikit :)


Like PAGE saya :) 


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Aku Seorang Pelupa. Nyanyuk kah?

Bismillahirrahmanirrahim :)


Mehh dengar citer hihi..

Pada suatu hari, ketika sedang duduk di kantin,seorang pelajar bernama Farhanah sedang dan telah memasukkan RM1 kedalam pursenya. 

*3minit kemudian*

Pelajar tersebut bertanya kepada kawannya 'Weyh nampak tak singgit aku atas meja ni' sambil buat muka sedih.

Lalu kawannya berkata 'kau masukkan duit tu dalam purse depan mata aku baru tadi. Ada yang kena nanti kang'

Tetibe pada harini berjumpa pulak dengan kawan yang dah 7 tahun tak jumpa. Agaknya pelajar tersebut boleh ingat lagi tak?



Ohh noo! Aku tak tau bagaimana mahu mengatasi masalah lupa ni sedangkan benda  yang lupa tu baru jee buat huhu
Baru 18 tahun..58 tahun?

Jangan lupa diri sudah. Kan? haha




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015