SPM Kisahku#14 Best Giler Jadi Pengawas PS!


Sebelum baca TEKAN SINI untuk mengetahui Berita Baik =)

Bila difikir2kan balik aku memang beruntung dapat jadi Pengawas PS kat sekolah aku tidak kira di SAMSMEL atau SMKJR..Kedua2nya ada benefit tersendiri..
Tetapi aku rasa aku amat bersyukur sebab tak menerima tawaran menjadi Pengawas Sekolah pada awal tahun lepas..Sebab ape?


Seriusly sepanjang jadi Pengawas PS banyak benda baru yang aku dapat espiciaally kat SMKJR ni..Antaranya ialah memimpin orang lain untuk jadi lebih baik,berdisiplin dan lain2..Memang diakui oleh kebanyakan warga sekolah aku Pengawas PS adalah lebih baik dari Pengawas Sekolah#angkatkening10kalihahaha#
Tapi tu maybe dapat kat semua badan pengawas kan?


Then yang lain pulak pelajar seawal Tingkatan 2 dan saya Tingkatan 5 dapat belajar dan dah tau bagaimana nak handle sesuatu event dari A-Z tanpa perlu membebankan guru..Kitaorang cuma perlu bentang kat cikgu sahaja apa yang kami cadangkan dan cikgu luluskan..
Dan sekarang perkara yang aku paling tak percaya ialah kitaorang berjaya menghabiskan Minggu Membaca Peringkat Sekolah dan ketika itu cikgu kami cuti sakit selama 2Mingguu..hohohoho~
Bukan senang woo~Sepanjang 2minggu tu ada je halangan cubaan perih dan merih kitaorang nak pastikan berjalan lancar..Alhamdullilah Allah permudahkan kerja kitaorang..
Tak semua orang boleh buat camtu kan?Tapi itu semua atas bimbingan cikgu kitaorang jugak=)Aku rasa tu pengalaman yang sangat berharga yang boleh dijadikan panduan di masa depan =)

Ape2 pun tidak kira kita jadi apapun di zaman sekolah pasti setiap jawatan yang kita pegang itu ada kenangan dan memori tersendiri kan?
Semua benda ni akan dikenang bila dah habis sekolah nanti kan?huhuhu~
Takut pulak nak tinggalkan sekolah nanti lepas SPM~



Korang yang lain2 pulak ada tak yang pernah jadi Pengawas Pusat Sumber?
Kalau bukan Pengawas PS korang jadi apa time sekolah?Share2 la kenangan time korang pegang jawatan tu tidak kira pahit atau manis=)




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Puasa Orang Tak Solat Dan Perempuan Tidak Tutup Aurat Diterima?


Satu soalan yang menarik kawan aku telah ajukan kepada
ustazahku ketika dalam kelas..


"Sah ke perempuan yang tak menutup aurat itu berpuasa?"
Ustazahku menjawab: Ada ke syarat sah berpuasa tu menutup aurat?Tiada kan?Puasanya sah tetapi kompem2 pahala puasanya tiada..Sebab ape?Cuba bayangkan 24 jam tu perempuan tersebut free hair sudah pastinya berada
dalam keadaan sentiasa berdosa..
Adakah 24 jam perempuan tersebut buat pahala?Tidak bukan?
Jadi pahalanya tidak dapat nak cover dosanya yang lebih banyak dari pahala..
Konklusinya puasanya sah tetapi tiada pahalalah jadi puasa itu sekadar menahan dahaga dan lapar dan tiada function..

"Apa hukum orang puasa tak solat pula?"

Contohnya lebih kurang apabila seseorang itu hanya berpuasa tetapi tidak bersolat dan sebagainya. Demikian juga mereka yang beriman dengan separuh dan sebahagian ajaran al-Quran dan kufur dengan sesetengah ajaran yang lain. Firman-Nya bermaksud: "Maka tidak ada balasan kepada mereka yang berlaku demikian (beriman dengan setengah kitab dan kufur dengan setengah yang lain) selain kehinaan di dunia ini dan pada hari akhirat nanti dia akan ditolak ke dalam azab seksa yang sangat hebat dan Allah tidak pernah lupa tentang segala perbuatan kamu" (al-Baqarah ayat 85).

Kemungkinan besar ibadat puasa tersebut tidak diterima kerana dilakukan bukan ikhlas kepada-Nya tetapi hanya sebab lain. Ini kerana sekiranya seseorang beribadat semata-mata kerana Allah, pasti solat juga dilakukannya dengan ikhlas dan tidak dapat dipisah-pisah begitu, kerana semuanya adalah kewajipan dan perintah Tuhan yang menciptakannya. Nabi dalam hadis qudsi bersabda bermaksud:"Segala amalan manusia ini dia sendiri yang punya (boleh dilakukannya sesuka hati) melainkan puasa sahaja, yang aku punya, maka Akulah yang dapat membalas dan menilainya" HR Muslim.

Semoga di bulan Ramdhan kita termasuk saya sendiri bersama2 perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik dan lebih baik supaya pahala kita jadi baik itu bukan sahaja dapat kat kita je dapat juga kat ibubapa kita <3



p/s: Lagu baru Najwa Latif-AdaMu tu best kan2?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Maaf ! Anda Tidak Terpilih Untuk Menyertai PLKN !



Rasanya ini berita happy atau tidakk happy bagi aku?
Actuaally agakklahh happy sebab tak terpilihh~hohoho~

Ada juga keinginan nak sertai plkn tapi satu perkara je yang menyebabkan aku tak nak setai plkn ialah PASTI ADA PANJAt TEMBOK BEGHIBU2 METER TINGGI
tu yang amat2 tak disukai dan memang aku takkan pass lepas tembok cina tu=P


Aku tak dapat maybe sebab angah aku pernah dapat PLKN ni sebab orang biasa cakap dalam family cuma sorang je yang akan dapat or gilir2 adik beradik..Tak tau sejauh mana kebenarannya~


Bagi sesiapa yang sebaya denganku yang belum cek lagi samaada dapat atau tidak boleh klik tajuk kat bawah ni..
Dia ada tiga server pilih je memane~


Ragam orang2 yang dapat PLKN ni:
Budak lelaki : *Anda terpilih PLKN* *Pegang rambut* BOTAK??!!!
Budak perempuan : *Anda terpilih PLKN* *Pegang muka* HITAM?!!!!



Siapa pernah pergi PLKN?Share2 story..Best kan?Apa yang best?
PLKN or kerja lepas SPM?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Ramadhan: Random Photo #3







Dah Baca? Like dan Comment la =)

Ramadhan: Random Photo #2




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Ramadhan: Random Photo #1






Dah Baca? Like dan Comment la =)

SPM Kisahku#13 Di Mana Kawan Yang Dulu?

Kawan aku sekolah kat SMK Jalan Tiga ajak aku study dengan kawan2
die kat sekolah die..

Time tu mulalah ingat time form 3 kat asrama dulu..
Dulu kawan2 aku selalu ajak study siap offer "tak paham tanya aku bila2 masa dimana2 jua anda berada kecuali dalam toilet"

Offer die aku terima just bila dorang ajak study adalah alasan bagi 10juta alasan sakit perut la pening kepala la alasan yang sbenarnye tak logik..hahaha~

Bila dah masing2 bawa haluan sendiri selepas PMR and now aku kat
SMK Jalan Reko mulalah alahaaiii manalahh kawan aku yang dulu yang ajak aku study yang bagi sokongan bila aku down..

Ya Allah bukan senang nak jumpa kawan seperti mereka..Kawan ajak lepakk shopping mall memey ramai bila diajak study sama
cam aku time form 3..huhuhu~
And now aku JELES giler2 nak mati bila kawan aku sekolah Jalan Tiga tu ada kawan2 yang HARI2 READY untuk ajar kawan aku and study sama2 sampai kawan aku tu ajak aku sekali..


Nak harap aku study sesorang?Seminit..Tiga minit..Lima minit..Sepuluh minit..
Mula mulut ni bersuara "Pehall soalan ni susah bebeno..Soalan ni sengaja menjatuhkan semangatku..Esoklahh cari penyelesaian"



So konklusi dia HARGAI KAWAN yang sentiasa membawa kita kepada jalan yang lurus*ceyhhayatjelebih* sebab bukan selamanya kita bersama
dengan kawan sebegitu..



p/s: Trial SPM betul2 selepas CUTI RAYA..That's "good" rite?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Luahan Perasaan



Sekarang ni bila dah berjawatan tinggi memang rendah kepada
yang tidak berjawatan~

Bila dah rasa diri hebat tidak mengambil endah pandangan
orang lain~


Bila dah terasa diri terlalu banyak ilmu tidak ambil kisah nasihat
orang lain~


Bila dah berjawatan tinggi terasa diri PERFECT dan sibuk mengata kesalahan orang lain tapi tak menyedari kesalahan sendiri~


Sebesar-besar keaiban(keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri

-ImamSyafie-



Ohhhhhh why orang sebegini kawan aku !!Arghh!!


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Jom Test Otak Korang ! Ada Berani?



Set time korang untuk baca COLOUR bukan word=)


Saya 20 second?Lama kan?Agak susah jugakk laa bagiku~



Korang plak?Jom tengok siapa paling cepat dan pantas?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Air Mineral RM4.30 ???



Pada suatu malam ketika sedang tergesa2 nak masuk kelas tusyen akibat kelewatan saya sempat ke SevenEleven untuk membeli air mineral..

Lalu kerana tergesa2 saya pon mengambil air mineral yang terdekat lalu ke cashier dan ketika cashier itu men-scan air tersebut TIBA2..


Saya lihat harga air mineral tersebut RM4.30 !!!
WaTheFish!!
Lalu saya pon membelek2 air tersebut depan cashier tersebut lalu cashier tersebut berbicara "Air tu memang mahal"

Disebabkan harga yang telah mencekik jantung dan hatiku ini..
Sepanjang dua jam saya hanya berfikir tentang air tersebut..

Lalu saya perasan ruper2nya air tersebut daripada FRENCH ALPS!
Dalam hati sendiri berkata:
"Cis patutlahh mencekik jiwa ragaku..Kot2 dia pakai air bio aura rumah mak die jee kodd pastu kata air dari Alps kunun"
*hatiyanggerammemangbeginijangancontohi*


Air ni laa yang SANGAT MAHAL itu !


Daripada kejadia ini saya dapat pengajaran penting iaitu:
1-Jangan lambat2 pergi tusyen..Padah!
2-Bawak air dari rumah
3-Hidup tak perlu terburu2..


Korang pernah jumpa yang lagi mahal dari ini ke?
Share2~



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cerekarama Saleha TV3 (7 Julai 2012)


Cerekarama yang boleh dikatakan BEST jugakk untuk ditonton=)
Ia mengesahkan Saleha lakonan TASHA SHILLA seorang gadis istimewa yang kematian ibubapanya sejak kecil lagi..Setelah itu dibela oleh paklong dan maklongnya dan anaknya Esah yang telah berkahwin
dengan Manaf lakonan Fezrul Khan..

Persoalan cerita ini adakah Saleha dapat mencari cintanya?

Tapi part2 yang paling menyedihkan time die kena pukul dengan maklong die setelah kematian paklong die~Sangat tacingg maa~Esah plak biarr je~
Memang pendek kata lepas kematian paklong die Leha memang dilayan teruk laa oleh maklong die dengan Esah~
Tasha Shilla sangat comel berlakon macam budak2..Seriusly sangat comel bila die merengek nak beli anak patung..hahaha~Saper agree?


OST Cerekarama Saleha pon best=)

Rawan-Azharina...
Lagu Ayushita-Tuhan Beri Aku Cinta

Kadang2 nampak jugak Tasha Shilla tu layak memegang anugerah itu daripada Neelofa rite?Apa kata korang?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Warna Pilihan Hati Korang?


Kalau saya nak kaler orange..Tapi takdee plak dalam senarai~
Sadiss kan?hee~

Siapa kat sini suka colour orange jugak?
Angkat satu jari..hohoho~

And korang plak warna ape?Kena tak word tu dengan korang?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Bosan Dengar Ceramah !

"Tak nak dengar tazkirah/ceramah..Bosan!"
"Aku tak suka dipaksa dengar ceramah..Sukati orang laa"
"Malas nak dengar khutbah jumaat"

Tersangat laa sentap hati jiwa raga jantung aku ni bila dengar ORANG ISLAM berkata sebegini "sebelah telinga" aku..
Nasihat/tazkirah/ceramah itu ibarat ubat kita..
Tanpa ubat kita akan sakit..Tanpa nasihat hati kita akan sakit/gelap..

Bila hati dah gelap buat dosa depan orang ramai pon dah tak malu..
Apalagi rasa takut buat dosa pada Allah..Akan hilang..


Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu
merubah dirinya sendiri..Hidayah itu perlu dicari dan diminta bukan
diterima secara automatik~
Bila bercakap pasal JODOH ramai yang memilih untuk berusaha keras mencari walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan..

Tapi bila bercakap soal HIDAYAH ramai pula memilih untuk menunggu biarpun sedar hidayah itu perlu DICARI bukannya jatuh ke riba~


Terasa malu bila ORANG ISLAM berkata begini..
Moga2 kita dijauhkan dari rasa begini..

Sentiasa memperbetulkan diri sendiri dengan sentiasa
mendengar nasihat dari orang lain=)

Kadang2 orang yang lagi MUDA tu lagi baik dari orang TUA kan?
Orang MUDA lagi banyak ILMU dari ORANG TUA kan?


p/s: TERJAH SINI !Ada yang MENARIK=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#14 Semangat Hari Jumaat



*klik gambar untuk lebih jelas*


InsyaAllah dapat diperbaiki kan?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang SPM


---TERJAH SINI sebelum meneruskan pembacaan---

Seorang pelajar lelaki yang mendapat 10A SPM telah menceritakan bagaimana
beliau mendapat result secemerlang sebegitu=)
Pada awalnya ketika beliau di Tingkatan 4 beliau seorang yang pemalas hinggalah ke Tingkatan 5..Bila masa beliau sedar?
Tika 3 bulan sebelum SPM~Dahsyat tak?
Bagaimana beliau mengatasi keadaan tersebut?

Sejak menyedari bahawa lagi 3BULAN SAHAJA nak SPM malam tu beliau bangun lalu mengerjakan solat malam dan berdoa kepada Allah..Setelah itu terus buka buku dan menelaah pelajarannya..Tapi malangnya haprakk pongg tak paham..Kan selama ni tak study kan?
Tapi beliau tidak berputus asa dan start daripada haritu setiap malam beliau bangun untuk mengerjakan solat malam dan belajar..

Apabila masuk bulann seterusnya keajaiban telah berlaku..Setiap apa yang dibacanya dan apa yang dipelajarinya bagaikan air yang mengalir masuk ke dalam otaknya dan gerak hatinya juga akan merasakan jika bab ini penting or gambar rajah ini penting so tumpukan dan memang sebahagian besar memang keluar mengikut gerak hatinya=)

Begitu juga dengan rahsia kejayaan NIK NUR MADIHAH dan SITI FATIMAH MUKHTAR yang mengutamakan ibadah dalam hidupnya=)
Pernah juga diceritakan dalam ENTRI INI tentang pentingnya Qiamullail..

Yang penting ialah NIAT KITA BELAJAR~Adakah kita belajar untuk mendapat kejayaan dalam peperiksaan semata2 ataupun kerana Allah?
Yang penting sekali NIAT first sekali ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah barulah belajar itu dikatakan satu IBADAH..
Yang pasti kita sebagai hamba Allah jangan lupa mengerjakan yang WAJIB dahulu kerana kajian mendapati 80% pelajar ISLAM yang sudah pun mencecah akil baligh masih belum cukup solat lima waktunya..
Fikirkan kita nak Allah bagi itu dan ini kepada kita tetapi adakah kita melaksanakan perintahNYA dengan sempurna?
Entri berkaitan SOLAT-->INI dan INI


Sama2lah kita memperbetulkan diri masing2 termasuklah diri saya sendiri=)



p/s:One month more untuk TRIAL SPM !


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015