Apabila Terasa Dicabar !


Kali ini memang terasa DICABAR!!
Memang terukk arr bilaa dah rasa dicabar!
Rasa macam...Tak dapat diertikan dengan perkataan~


Ececehh..Macam marah giler kan?Hahahaha~


Actually rasa tercabar dan dicabar akibat daripada markah Add Math budak form 4 tinggi melangit dari markah aku dulu..
Sedangkan bab2 yang masuk sama je~

Dia 90/100~Hamekk kau..Aku dulu FAIL!!

Tapi aku amik tu sebagai perkara yang positif..Yang pasti ada satu hari
Add Math aku akan dapat macam die jugak=)





p/s:Sekarang ni saya tengah dengar lagu FORHEART-PERLUKAH=)
Korang tengah dengar lagu apa ye?hehehe~




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Spontaneous Thursday#9 Kau Bukan Kawan Yang Baik ?


Kawan yang baik tu bukan sahaja ada disisi kita tika kita sedih,suka
senang dan susah..

Tapi kawan yang baik juga ialah kawan yang tegur kita bila buat salah..Tegur/nasihat tak bermakna tak suka/benci~

Kawan yang menyokong kita pabila kita melakukan perkara yang mendatangkan dosa itu bukan kawan yang baik~


Ada paham?Fahamkan =)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#12 Target This Year !




p/s:Please pray for me ye=)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Makanan Yang WAJIB Untuk Kedekut !


Dalam banyak-banyak makanan ada satu makanan je yang aku mak aih
kedekut gilerr nak kongsii ngan orang lain..Dalam kata lain BERAT HATI
nak bagi kat orang lain~

And aku takkan jemput orang lain untuk makan sekali dengan aku walaupun makanan tu banyak or BFF aku pun aku tak jemput makan..
Kejam kan bunyinyer?Kalau aku bagi pun disebabkan dah orang mintak kan?
Bagi je laa~But honestly aku takkan ikhlas bagi..Last2 menyesal sendiri
kenapa laa aku bagi orang lain..HAHAAHA~

Buruk gilerr perangai gue-,-

Nak tau ape die?Ceyhh muqadimah dia je dah macam karangan PMR~
Op coz laa CHEEZY WEDGES KFC ma~hahaha~
Tapi sekarang ni kan dah boleh buat cheese dia sendiri kan?
Tapi yang KFC punya tetap first didalam hatiku=)
Terliur tak?Tak pun?Cehh=,=

So kepada kawan2ku kalau aku tak ajak tu jangan lerr salah faham..
Bukan nak kedekut..Tapi janganlah yang feveret aku..hahaha~



Korang mesti ada satu kan yang feveret gilerr and tak sanggup
nak kongsi dengan orang lain?Ada kan2?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Belajar Perbetulkan English Yang Broken !


Pada suatu pagi pada pukul 11 pagi yang tak hening..
Kepala ku dah mampat nak menelaah ilmu2 fizik yang tak habis2..
Lalu aku mengacau kawan aku yg khusyuk baca buku ape ntahh..
Mula2 tu nak kacau last2 die ajar aku camner nak Speak English=)

Dia cakap dengan aku nak cakap English ni kena relakss..
Cool jangan gelabah dan bersahaja..But honestly I talk to you I can't to be relax,cool or something like when I speak in English..

Because you want to know why?Gue takut lorhh bilaa digelakkan..
Prinsip aku gelak depan2 jangan sekali..
Gelak dalam hati banyak kali pon takpe..hahahaha~

So dia try la suruh aku speaking tentang apa yang ada kat sekeliling contohnya orang tu tengah berjalan sambil senyum ada orang tengah main chess..
Aku mulalahh dengan ayat sampah aku and bila dia pula cakap sangat nice ayat die walau simple..Tu yang nak jelly ni~

Then die suruh aku sebut dan paham ayat kat bawah ni sampai lancar..
Satu jam kodd nak pastikan aku faham dan
boleh sebut ayat ni dengan lancar bukan HAFAL!
Then dia suruh plak buat ayat dalam Englishh..Memang brokenn laa~
hahaha~


Let comment in ENGLISH..I will reply your comment in English although my English is broken..If my english is broken you can correct it=)

If you want to laugh..Laugh in your heart only okeyh?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cerekarama Peluang Kedua TV3


Sinopsis Peluang Kedua:

Pada awal perkahwinan, Marina mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi perhatian penuh kepada rumah tangga, anak dan suami. Setiap hari dia sibuk menguruskan tiga anaknya, NabilL (14 tahun), Lisa (13 tahun) dan Adio (6 tahun) sambil memastikan rumah sentiasa bersih dan cukup makan minum. Marina sukakan peranannya sebagai suri rumah, tetapi lama kelamaan dia merasakan dirinya tidak dihargai. Perasaan itu bertambah teruk dalam keadaan emosinya yang tidak menentu kerana sedang mengandung dan menunggu hari untuk bersalin.

Suaminya, Halim adalah seorang arkitek yang berjaya tetapi apabila tiba soal menjaga anak dan menguruskan rumah tangga, dia seperti suami yang tradisional, hanya tahu melepaskan segala-galanya ke bahu isteri. Halim juga selalu mengharapkan yang ‘lebih’ daripada Marina kerana dia merasakan isterinya itu ‘hanya duduk rumah’ sepanjang hari. Dia suka membandingkan Marina dengan ibunya yang juga seorang suri rumah.

Pada suatu malam, berlaku satu insiden menyebabkan Halim dan Marina bergaduh. Mereka saling menuduh, tidak mahu mengalah serta membongkarkan segala yang terpendam di hati.

Pergaduhan yang bermula dengan satu perselisihan faham kecil bertukar menjadi perbalahan yang semakin teruk. Ketika itu, anak mereka berada di bilik bersebelahan dan mendengar pergaduhan ibu bapa mereka. Dalam kerisauan yang teramat sangat, mereka berdoa bersungguh-sungguh agar ibu bapa mereka kembali menyayangi seperti dulu.


Tuhan Maha Kaya, dengan berkat keikhlasan hati anak-anak itu, doa mereka dimakbulkan. Keesokan harinya, Halim dan Marina bangun pagi dan mendapati badan mereka bertukar. Marina melihat dirinya dalam badan suaminya dan Halim terjaga dalam badan isterinya yang sarat mengandung. Keadaan kecoh pada mulanya kerana mereka sukar untuk percaya dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, akhirnya mereka bersetuju untuk berlakon dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Marina dengan tugas Halim yang menanti di pejabat dan Halim menguruskan rumah serta anak-anak mereka. Dalam kecelaruan itu, mereka terpaksa berlakon sebaik mungkin kerana tidak mahu sesiapa pun tahu perkara pelik yang sedang berlaku.
‘Halim’ terpaksa menyesuaikan diri menjalankan semua tugas isterinya dalam keadaan badan yang mengandung. Keadaan lebih teruk ketika ibunya datang untuk bermalam di rumah mereka. Sehari berada dalam badan Marina, barulah dia nampak sifat sebenar ibunya. Berada di tempat Marina juga, barulah ‘Halim’ menyedari betapa selama ini dia tidak menghargai pengorbanan dan kerja keras yang dilakukan oleh isterinya.

‘Marina’ pula terpaksa melalui hari yang mencabar di pejabat suaminya. Dia juga berjaya berdepan dengan wanita yang mula mengganggu suaminya dan akhirnya memahami betapa suaminya amat menyayanginya dan anak-anak.

Pertukaran itu berlaku selama 2 hari, tetapi waktu yang singkat dapat mengajar dan menyedarkan mereka mengenai diri masing-masing. Pertukaran itu juga membuatkan mereka menemukan semula kasih sayang yang sudah pudar. Dua hari itu bukan hanya satu keajaiban yang penuh kecelaruan dan kekecohan, tetapi memberi mereka peluang kedua mengeratkan kasih sayang mereka semula.




Lakonan Azhan Rani dengan Yasmin Hani memang ohsemm=)
Walaupun citer tak logik tapi tetap best dan kelakar~




p/s: MASAK+TENGOK TV=KUALI TERBAKAR
OHSEMM BEBEHH..hahahaha~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Jalan-Jalan Lepas Exam =)


Tanggal 24 Mei 2012 aku dengan kawan2ku gi moonhoney*terbalikkan*
sementara..hahaha~Almaklumlaa lepas exam kan?
Actually ni lawatan sekolah pergi tiga tempat dalam sehari=)


First gi perpustakaan negara..Honestly first time..Semua tempat gi haritu first time sebenarnye..hahaha~Besar library tu*jakun*..

Then lepas tu gi Sunway Piramid..Main Ice Skating selama 2 jam..
Tapi kan selama dua jam tu SATU JAM Beli tiket,Amik kasut,Pakai kasut,Jalan nak masuk pintu ice skating tu..Lama kan?

Satu jam lagi banyak masa berdiri tepi pintu hampir one hour..Lebih kurang
5 minit baru dapat angkat kaki jalan beberapa CM dari pintu..hahaha~
Yang dah pro semua main kat tengah2..Aku plak berangan nak keliling sekali pon jadilahh tapi suku ponn xlepas..haha~


Then2 lastly gi I-city duk situ sampai malam..Mula masuk snowwalk*rasanyanyelatunamadie*..Jalan2 kat situ sejuk gile memang sejuk..
Hingus pon beku dalam tu..hahaha~Dalam tu memang giler2 main gelongsor macam budak2 kecik..

Then lepas kul 7 solat then merayau keliling I-city makan KFC
then baru jalan2..First2 aku main super swing giler macam budak2 kan?
Then main yg macam eye on malaysia*xtaunamadie* dalam tu memang panas giler duk lagi dengan cikgu aku satu cable lagi giler2 aku ni..hahaha~



Malam tu memang penat giler berjalan and esoknya iaitu hari Jumaat
korang rasanya aku gi tak sekolah?hahaha~


Yang ice skating tu apa yang pasti ialah bukan kali terakhir aku main..
Selagi aku tak berani nak angkat kaki selagi tu aku tak benti..

Siape nak ajar aku main ice skating?hahaha~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

You Have Story?No?Here Have Story~


Hari ni LAST PAPER..Weehhuuu!!Dah habis=)
Sangat lega rasanya bila exam dah habis kan?Walau bukan SPM pon~

Then lepas tu balik sekolah beli barang kat Chizplee Kajang dengan dua orang adik lelaki(bukanadikkandung) aku..Dorang tu dua2 lain karakter..

Sorang jenis bila beli barang even nak beli GAM je pon
RAMBANG MATA and MEMILIH BENO~
Belum lagi part BELI PEN yang ada macam2 jenis tu..
Memang berjanggut la nak tunggu die buat pilihan..
Nak beli cool blog berminit nak tunggu buat PILIHAN~

Sorang lagi plak jenis yang xsuka membeli-belah..Hahaha~
Baru 5minit kat dalam dah kata macam 5 Jam~

Tapi apa yang sama tentang dorang ialah dorang JALAN LAJU SANGAT!
And disebabkan aku geram sangat dorang tinggal jauh aku kat belakang aku sengaja lalu jalan keluar yang lain..Memang kelakar laa muka dorang bila perasan aku takde kat belakang patah balik and EXPRESI MUKA tu PENTING..
Macam orang HILANG ANAK~Dapat bayangkan tak?

And2 Last story today sekarang ni dok Ulang2 lagu
BEGINI CARANYA-SAHEIZY SAM & YANA SAMSUDIN...
Gilerr besttt!!Korang suka tak lagu ni?




#Terlalu Happy habis exam sampai tulis entri merepek je~
hahaha~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Couple Before Marriage is Better Than Love After Marriage?



Actually nak tulis ni dah lama..Baru sekarang teringat balik..
Cerita ini hampir sama dengan love story


Siapa dah tengok video ni?Angkat satu jari..Hahaha~
Siape belum tengok kena tengok..Memang SEHWEET laa~

Inilahh yang dikatakan CINTA SELEPAS KAHWIN bukannye
COUPLE BEFORE MARRIED..

Seriusly kadang2 takut jugak tengok budak DARJAH ENAM
dah couple mengaple ni~Minta2 Allah jauhkan aku dan keluargaku dari
perasaan cinta yang tak diredhai Allah..


Bak kata Fatimah Syarha:
Walau kita kenal 20tahun sekalipun BF/GF kita,apa yang kita kenal itu hanyalah lakonan..Kadang2 ape yg kita kenal sebentar itu lebih baik dari kenal 20 tahun..


Orang cakap 'kita kenalah kenal sebelum kahwin kan?'
Tapi apa gunanya Allah kan?Allah kan ada=)
Allah tau ape yang terbaik untuk hamba2NYA..Die dah tentukan segalanya untuk kita..So tak payah susah2 nak couple2 yang mendatangkan dosa~



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Senyumm Tak Pelu Kata Apa2


SENYUM ^_^
Dikala anda keseorangan, kesunyian, tiada sahabat pendamping,
tiada sesiapa, down dan stress
Sebutlah pada diri anda:

"Alhamdulillah.. Saya masih ada Allah untuk menemani saya setiap masa. DIA menjaga memerhati saya setiap masa, DIA tak pernah meninggalkan saya"
JANGAN SEDIH dan SENYUM ^^
Senyum itu sedekah=)


p/s: Esok cuti..Weehuu..Ceyhh macam tak pernah cuti kan?

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Main Wawasan And Bingo *MainanMasaDulu2*


Tadi sebelum rehat merupakan masa lapang..Takde exam~
Kitaorang main dua permainan..And seingat aku dua permainan tersebut
aku main time sekolah rendah tahun 2002-2006 rasanya..
Gilerr rindu..huuuhuhu..

First main BINGO..Pakai kertas punya..Yang baru sikit punya pakai
kalkulator kan?Ade yang lagi moden rasanya..hahaha~
Memang dah lama tak main benda ni kodd~

And secondly sebelum rehat kitaorang sempat main benda ni..Kawan aku cakap nama permainan ni "WAWASAN"..Aku sendiri tak tau kenapa nama die wawasan..Kenapa tak wawasan 2020 kan?Dulu aku reti main je..
And baru tadi aku tau nama mainan ni ape..Gilerr sadis~Ceyhh~
Saper pernah main benda ni?Yang pilih huruf then start dari huruf tu buat perkataan berkaitan nama,tempat,buah/sayuran,benda,binatang and last sekali markah~Saper sama dengan orang lain dapat 50 markah
kalau tak sama dapat 100 markah~


Sebenarnyer banyak lagi mainan budak2 time dulu..Yang aku ingat main pemadam tu?Siapa tau?Yang veteran2 pasti tau kan?ehehehe~


Sekarang ni budak sekolah rendah dah ada gadjet canggih..
Gue yang FORM FIVE ni TAKDE HENFON~
Adik aku DARJAH ENAM dah ada GALAXY TAB~Sengal tak?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Better Single Than Couple Rite?


Kadang-kadang ada jugak perasaan jeles orang sekeliling aku
couple mengaple ni~
Ceyhhh ada orang jeles nampak..HAHAHAHA~

Disebabkan itulahh aku sentiasa dan setiap masa pujuk hati sendiri..
Allah..Aku tau kau telah menyediakan yang terbaik untuk aku maybe lebih baik dari boyprengg dia..Alhamdullilah aku terselamat dari dosa couple..
And setiap masa jugakk aku bersyukur muka aku takk laa lawa mane pongg~
Disebabkan muka aku tak lawa mane pongg takdelahh laki kejar2 aku
or aku ni perahhsantan sendiri ingat laki suka aku..huahaha~
Lalu disebabkan dah perahsanntaann lawa melakukan
sesuatu yang tak diredhai Allah..

Nak tau tak siapa laki idamanku?Jawapan die dua patah je~
SEORANG HAFIZ..

Hakpuihh..Pikir diri sendiri tu baik sangat la kan?Bagus sangat la kan?
Tapi tak salah kan BERANGAN2?Mana tau jadi kenyataan kan?hehehehe~


p/s: Esok paper sivik dengan pendidikan jasmani..
Nak study jugak ke?kih3~





Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tips Cemerlang Dalam PMR


"Akak,senang tak PMR?"
"Macamane akak dapat result camtu?"
"Akak,PMR susah la.."

Inilah soalan adik2 sekolah aku tanya..
Ecececeh..Nak kongsi konon macamaner nak cemerlang PMR konon kan?
Result aku ni pun bukan bagus mana pon kan?
Walau tak sehebakk kawan2 aku yang straight A,
Aku tetap berpuas hati dengan result PMR aku dulu=)
Seriusly PMR senang..Kalau difikirkan kembali kenapalahh aku ni tak boleh dapat straight A PMR dulu?Menyesall tu adalah jugakk..
Tapi yang pasti menyesal tu takkan berulang kembali pada SPM..huahahaha~
rujuk buku teks/buku rujukan dulu..Jangan tengok untuk jawapan je..Tengok sekeliling jawapan tu ada cerita pasal ape..Lama2 kan takyah
tengok buku pon xpe..Serius=)

Secondly, DO ALL PAST YEAR QUESTION..Ini paling penting!!
Pendidikan Islam dulu aku tak baca mana pon..Tapi alhamdullilah apa yang aku buat soalan past year tu keluar pulak..keh3..

Thirdly, Sekurang2nye baca sekali buku teks geografi,sejarah dan lain2..
Aku tak prefer guna buku rujukan..Espicually Sejarah..
Dulu pakai buku teks je..


Bagi aku yang paling penting nak berjaya ialah
USAHA+DOA+TAWAKAL=KEJAYAAN..
Belajarlah bagai nak rak sekalipun tiadanya
pergantungan kepada Allah takkan kemana~



p/s: Two paper left..Chemistry paper 1 and Physic Paper 1..
Hoyeahhhoyeahh~kih3..


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Kepala Yatt Melekat Di Sejadah-Azab Tidak Menutup Aurat


Nak hadiah menari?Jom TENGOK SINI<--click

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Subhanallah!!Memang depan mata Allah tunjuk kat depan dia..
Banyak kan Retiss sekarang yang bertaubat
setelahh Allah tunjuk depan mata?Tapi Alhamdullilahh Allah bagi hidayah pada hambanya..


Jadi yang lain takkan nak tunggu azab depan mata baru bertaubat?
Amik pengajaran dari pengalaman orang lain untuk menjadi lebih baik..

Allah tidak memberi hidayah kepada hambanya jika kita yang tidak meminta kepada-NYA kerana Allah telah berfirman:
Takkan berubah sesuatu kaum sehingga diam merubah dirinya sendiri.

Memang kita tak bagus dan tak perfect..Tapi disebabkan itulah kita kena sentiasa menjadikan hari ini lebih baik dari semalam..Jangan kita sahaja yang nak berubah..Berpesan2 juga kepada orang lain supaya bersama2 menuju ke syurga-NYA..



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3


Sekarang ni kan..Drama yang terbaru aku tengok SEINDAH SAKURA..
Serius Best..Kih3..
Drama lakonan Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Ruminah Sidek, Eizlan Yusof,
Wan Sharmila, Eryn dan Fimie Don Arahan Zul Huzaimy.

Drama ni pada permulaan die je pun dah berjaya membuatku hampir nak menitikkan air mata..HAHAHA..Sedih kodd..Sedih kan?

Bagi aku lakonan Fasha Sandha memang terbaikk..
Lakonan dia memang nampak real dan mantapp..Kan2??
Aku suka die berlakon=)

OST Seindah Sakura pon best..Kan2?
HARAPAN dan BUATKU DI SANA..





Gambar2 drama ni di sepanjang pengambaran
dorang boleh tengok KAT SINI..

Saper tengok citer ni?Best kan?


Drama Seindah Sakura, Kartun Sincan, dengan doraemon
je yang aku tonton skarang kat tv..Sadiss kan?hahaha~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

SPM Kisahku#12 Study Bagai *Tak*Nak Rak


First time studyBagai *tak*nak rakk gilerr...
Studyy Add Math until 3.00 AM..
Lepas 3.00 AM tu stop dan tidur..Set jam henfon 4.15 untuk bangun balik..
Nak sambung study~
Then macam terasa lama sangat tidur...
Bangun2 je dah 6.15 am..Pehall tak bunyi plakk phone ni??
Tengokk2 aku set jam 4.15 PM..
Mata time tu dah ngek ngokk kott..hahaha~


Then nak tau ape jadi time exam?
Gilerr weyhh..hahahaha~Time exam kepala rasa berat sangat semacam..
Terlebih ilmu kott kan?Lepastu segala yang aku baca and
buat exercise pagi2 yang tak berapa nak bute tu tak nak keluar~

Aku suruh segala ilmu tu keluar..Tapi tak terkeluar2..heh~
And you know what ape yang aku dapat jawab?
Hanya SATU SOALAN dari ENAM soalan yang wajib dijawabb..
Kertas jawapan tu kan..Depan2 lawa SECTION A jawapan penuh..
Bukak belakang terus SECTION B..
Padahal ada 6 soalan kat section A yang perlu dijawab..

Story Of The Moral:JANGAN study Last minute..

Function2 barang kat atas:
#Pensil kayu dah tumpul pun masih nak pakai..
Saya lebih suka pkai pensil kayu berbanding pensil tekan?
Siapa sama dengan saya?hehehe~
#Cawan tu berisi Coffee every one hour aku akan minum coffee..Gila tak?
#Pembaris pink adikku punya..hehe..Pembarisku sudang hilang~
#Benda pink macam kumbang tu kan Tempat release stress..HAHAHA~



Chemistry lagi senang dari Add Math kan?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Kesusahan Dibalas Nikmat Berganda


Pada suatu pagi yang gelap jam 6.40 pagi hujan
masih turun dengan mencurah2..
Dalam hati "Bas mesti dah pergi..Bas..
Kenapa kau perlu berhenti di tempat yang jauh dari rumah aku"
Pada jam 7.00 pagi hujan hanya menitik2 je..
Dalam hati "Takkan nak naik bas mini kot?"
Lalu aku terpandang abang aku yg berbaju kerja sedang menghidupkan motornya yang dah satu malam mati..Dan memandang aku lalu gelak(diasewel)..

Disebabkan gue masih terasa hati dengan Lu(abangku) aku diam je~
Dalam hati "Kenapalah kau tak jadi abang yang suhweet sikit..Tanyalah aku weyhh kenapa aku tak pergi sekolah lagi..Hantar la aku weyhh"


Disebabkan abang aku buat muka tak bersalah lalu aku pun buat keputusan naik je laa bas mini..Jalan je laa sampai kat depan sana walaupun jauh dalam keadaan yang sangat sejuk..

Dalam perjalanan nak menuju ke tempat tunggu bas baru teringat tak bawak duit..Selongkar beg jumpa laa 50sen..Alhamdullilah..
Tunggu bas kompem2 15 minit lebih dengan bas yang MAMPAT macam tin sardin..Then nak turun pulak tempat yg JAUH LAGI dengan pintu sekolah..
Lalu jalannlahh dengan hati yg macam2 perasaan ada..
First dah penat+tak bawak duit+lapar=Exam


Tapi Alhamdullilah Allah balas kesusahan+keperitan(lahhsangat)
dengan murahnya rezeki aku lepas tu..
Sorang bagi spageti putih(xretinaksebutnamadie),sorang bagi piza(buatansendiri) dengan spageti merah die..And sorang lagi kasi aku nasi goreng..And2 sorang lagi belanja aku teh ais..

Story The of Moral: Saboo je apa yang berlaku~
Lepas tu pasti dibalas berganda2..



p/s:Next week Isnin EXAM ADD MATH..Kalau LULUS ni bagiku itulah paling bahagia dalam hidup aku sekarang ni~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

SPM Kisahku#11 Birthday Guru Kami



Birthday Cikgu kitaorang semalam 10 Mei 2012..
Kitaorang sambut dengan penuh kesederhanaan=)
Lagu yang digubahh buat cikgu kami:D

Berikan ku peluang terakhir sekali lagi
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
Maafkan seandainya Kami banyak kekurangan

Kaulah cikgu pertama di dalam hati kami
Dan bersama ku mahu masa depan yang baik
Maafkan seandainya kami banyak kekurangan

Luangkan diri ini lebih masa*
Lengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi *pengawas* PPS Terbaik

Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Harap cikgu bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya masih banyak kelemahan

**Maafkan seandainya ku banyak kelemahan

Lagu asal:Pencinta Terbaik
Digubah oleh:KAMI semua=)


Time ni gue malu2 dan amatlahh malu nak kena suap..
Sepatutnye kita yang suap cikgu..Hahahaha~


Kami memang SEHWEETT bab2 nak pujuk cikgu..
Tapi jadi SWEAT bila kena marah..hahaha~


Ini akan jadi SWEET MOMENT time sekolahh..
Kenangan yang akan diingat sampai bila=)


Korang mesti pernah buat camni kan?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015