Blog Sendiri Didahulukan Blog Sekolah Dibelakangkan?


Kadang2 aku pening..Mana nak didahulukan..Blog Sendiri atau Blog Pusat Sumber Sekolah??Apa kena mengena aku dengan

Aku sekarang admin kepada tiga blog..Dua blog sendiri~

Kalau boleh ketiga2 ni nak bagi kasih sayang yang sama rata..
Tapi boleh tak Blog sendiri didahulukan Blog Pusat Sumber Sekolah ditangguhkan??(Ini kalau cikgu aku dapat tau habislah "u are fired")


Tapi setelah ditarbiahkan..dinasihatkan..dibebelkan oleh kawan..So aku amik keputusan untuk mendahulukan Blog Pusat Sumber Sekolah dahulu..Baru update Blog sendiri...HOHOHOHO~Tanggungjawab kena diFirstkan~


Esok watikah perlantikan pemimpin sekolah..Arghhh MALAS nak berdiri SETENGAH JAM..Doakan ESOK HUJAN TAU!!!!


p/s: Tak dapat nak tengok Anugerah Juara Lagu malam ni..Nak pi tido awal..Esok kang kena tinggal bas plak..hahaha~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Bersekolah Lagi Best Dari Cuti Sekolah



Aku rasa bersekolah lagi best dari cuti sekolah=)
Sebab ape?
1) Takde nak buang masa dengan FB,YOUTUBE,BLOGGER,GAME..
2) Masa belajar lebih terjamin..
3) Takde nak gaduh dengan adik setiap masa..
4) Boleh exercise naik turun tangga..RumahkuSyurgaku ni takde tangga..
5) Kat sekolah tak makan banyak..Kat rumah makan banyak..
6) Tahun depan aku dah tak sekolah dah..Untunglaa bagi orang yang nak amik STPM atau STAM..Aku takut nak amik risiko kegagalan..HAHAHA~


Esok last cuti~Lepastu sambung balik struggle untuk SPM~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

SPM Kisahku#3 Kehilangan Kau Menguji Kesabaran


Yeah!!Tahun lepas dah buat backup untuk folio Biology kat banyak tempat..
Kat KOMPUTER RUMAH,LAPTOP ABANG AKU,LAPTOP JIRAN SEBELAH,DUA PENDRIVE ABANG AKU,PENDRIVE AKU, dan DALAM CD..
Cakap ada yang tertinggal lagi tak?Takde kan?

So next week buka je sekolah kena presentation..
Then harini nak prepare la apa yang nak dibentangkan next week..
Nak tau apa yang terjadi??

Semua backup yang aku simpan tu HILANG!!
Hebat tak??Apa yang perlu aku buat time tiba turn aku next week?

Buat balik?Waduh2..Homework yang seminggu ni pon tak siap lagi..
Nak tambah kerja yang sepatutnye dah siap TAHUN LEPAS..Adoii~

Time tengah geram tu tetibe nampak dua status ni~



Sekarang ni senyum je la penyedap hati..Tak tau ikhlas ke tak~


p/s: Ada ke keburukan rumah terbuka??
Otak dah tertekan tak dapat nak pikir point essay=,=



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Positive Thinking itu AMAT PENTING!!


Aku pernah bercerita kat ENTRI INI yang parents dia tak kasi nak pindah sekolah..
Sebab dia tak selesa duk asrama and takde tuisyen..
So lepas 3 minggu dia dah balik rumah..So jumpa la dia..
Of course aku nak tau camner 3minggu kat sekolah tu kan~
Then terus kawan aku cakap..
"Apa yang kau cakap kat haritu semua betul..Fikir positive..Tidak menyusahkan lagi keadaan walaupun kita tak suka..Jangan pikir sesuatu benda tu susah dan tak mampu buat..Dengar cakap parent dan minta je kat Allah apa yang kita nak"

Jadi kesimpulannya di sini..Tak semestinya apa yang kita nak tak dapat tu akan makin menyukarkan hidup kita..Two words yang aku selalu pegang sejak aku
FAIL BM FORM 3 tahun 2010..THINK POSITIVE..
Walaupun add math dah 3 kali gagal aku tetap fikir positive je..HAHAHA..
Dan jangan fikir susah sebelum melakukan sesuatu perkara..Nak dapat kejayaan mesti Ikhlaskan hati untuk lakukan apa sahaja..


p/s: Aku rasa nak ugut budak2 sma..Siapa yg dapat mumtaz kena belanja aku makan..Kena kesiankan jugak kat aku kempunan nak amik SMA..huahaha~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

SPM Kisahku#2 Aku dan Homework


Aku bangun pagi..
Aku gosok gigi..mandi..solat..
Aku pergi kat meja belajar..
Aku tengok senarai homework yang ada..

Aku termenung sebentar..
Aku pilih nak buat homework ape..
Aku Tengok lagi senarai homework balik...
Aku tetiba terpikir lelaki yang aku gilakan sangat tu..
Aku padamkan segala pemikiran yang tak penting tu..Menyemak dalam otak je..

Aku tengok balik senarai homework tu..
Aku pun mengeluh "Allah,banyak homework ni..Why2??"
Aku pun gigihkan diri buat keputusan buat add math..
Aku mengeluh lagi "Allah,pehal la otak aku ni bengap sangat..Soalan pertama pon terkial2"

Aku pun mengalah dengan soalan pertama Add Math tu..
Aku pun tidurlahh lepas tu..Pening kodd buat soalan pertama Add Math tu..

TIBA2..Mata aku terbuka lalu ambil majalah sekolah aku..
Aku bukak page yang aku nak..
Aku terpandangkan kawan aku yang dari hanya 2A UPSR jadi cemerlang 8A PMR..
Aku tiba2 jadi semangat yang entah datang dari mana..
Aku pon sambung balik buat homework..
Aku pun sekarang ni tengah suruh korang usha BLOG PELAJAR CEMERLANG ni=)

Just nak cakap kat sini setelah 5HARI BERCUTI saya telah berjaya menyiapkan 2HOMEWORK SAYA dari 16homework yang telah diberikan..Itu juga satu kemajuan kan?
Sila ucap tahniah pada saya ye..Huahahaha~


p/s: Ada orang dah diHARAMKAN bukak FB la sampai tamat SPM..
Semoga berjaya ya kawan2..Apalah jadi kat aku kalau hampir setahun tak bukak FB?
Apa jadi kat korang kalau jadi camtu?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#10 Kerja Masa Cuti

*Tekan gambar kalau tak jelas*


p/s: Cuti Tahun Baru Cina memang seminggu...
Homework pon diberi untuk SEMINGGU=,=



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Petua Hilangkan Penat dan MALAS!!!


Penyakit yang aku rasa semua manusia ada iaitu penyakit MALAS..
Aku pon tidak dinafikan ada penyakit tu..
Kalau kes aku PENYAKIT MALAS KRONIK..
Kalau nak tunggu aku kemas rumah biasanya RAJIN itu datang sekali seminggu..
Bila aku rajin aku mampu sidai 4bakul kain..lipat 4 bakul kain dan lain2..
Bila aku malas 1 helai kain pon Ya Allah malas yaa amat..
Sebab tu la hari2 kenalah tadahkan telinga dengar apa yang mak aku "nasihatkan"

First korang kena tengok video ni..Aku dah amalkan apa yg ustaz ni suruh selama 3 minggu..hehe~
Sebelum ni aku lebih suka makan kurma or kismis..Tapi disebabkan kedua2 makanan tu dalam satu malam dah habes aku rembat so parent aku tak mau beli benda tu..Sebab asyik2 habis tak sempat nak rasa ponn..hehe~

Tapi aku paksakan mak aku beli madu..Aku minum sebelum gi sekolah kacau sekali dengan air teh..hehehe~Madu tu manis sangat..dan aku minum sebelum pegi tusyen..

And Alhamdullilah boleh la rasa ada sikit rajin tu..Tak tangguhkan nak solat..Buat homework dulu baru buat sesi mengacau adik aku..hahaha~

Second amalkan doa kat bawah ni..

InsyaAllah dengan KEYAKINAN kita TERHADAP ALLAH serta ISTIQAMAH pasti apa yang kita nak itu akan kita dapat..



p/s: Ini juga berkesan untuk hilangkan ngantuk dalam kelas~hehehe~
Sorry entri panjang sangat harap tak bosan =)

p/s 2 :Siapa tengok Mr Labuci semalam?Kan ada budak kecik comel tu kan?
Dia lagi comel dari Mia Sara kan?hehe~Siapa tau siapa nama budak kecik tu?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cerekarama Mr Labuci



Oh yeah citer ni boleh dikatakan best la jugak lakonan Rozita Che Wan, Azhan Rani, Roy Azman dan Ifa Raziah yang aku tau..Cerita pasal Malik(Azhan Rani) yang kehilangan pekerjaan dan selepas tu dapat hobi baru iaitu menjahit labuci mewarisi ibunya..

Ah ha..Kalau dapat laki camni senang hidup aku..Beli kain simple je dapat diubah suai jadi awesome dan FREE..hahaha~Pastu buat ape je untuk bini die~

Dah jangan berangan farhanah#lempang diri sendiri#..Nak SPM this year~
Ending dia terharu=,=



Dah Baca? Like dan Comment la =)

TUTORIAL>Jadikan Header Simple Template Transparent


Nak jadikan header yang kat atas ni supaya jadi seperti kat bawah ini..

Ini contoh header transparent or macam header blog aku sekarang ni=)


1) Dashboard-->Design-->Edit html

2) CTRL+F cari kod kad bawah ni..

/* Mobile

3) Jumpa kan?Copy code kat bawah ni dan PASTE kan ATAS kot /* Mobile tu..

.header-outer, .content-inner { background-color: transparent; }.main-outer, .tabs-outer { background-color: $(content.background.color);}

4) Then cari kod kat bawah ni pula..

.content-outer {

5) Then kat bawah die ada kod macam kat bawah ni kan?

.content-outer { -moz-box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread) rgba(0, 0, 0, .15); -webkit-box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread.webkit) rgba(0, 0, 0, .15); -goog-ms-box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread.ie) #333333; box-shadow: 0 0 $(content.shadow.spread) rgba(0, 0, 0, .15);

6) Kod yang atas tu korang buang ye=)Akan jadi macam kat bawah ni~
7) PREVIEW dulu ye baru SAVE =)




Jadi kann?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tips Tambah Trafik Blog


Antara salah satu yang boleh menyebabkan trafik bertambah ialah
GAMBAR DI DALAM ENTRI..

Tiap2 bulan pasti akan ada keyword gambar itu dan gambar ini..
So itu maknanya itu adalah salah satu yang boleh menambahkan trafik=)

Kadang2 sesetengah orang cerita dia punya panjang macam karangan SPM langsung tiada gambar..Dan tambah2 lagi kalau tulisan kecil..Disebabkan saya ni rabun orangnya saya baca tajuk je..hehe=)


Ini adalah top keyword beberapa bulan ni..Blog aku ni penuh ke dengan kata2 sedih ye?
Hahaha..Entah apa yang disedihkan..Happy selalu=)

Tapi alhamdullilah setakat ni tiada lagi keyword2 yang pelik..hahaha~




p/s: Banyak Homework..huhuhu~Korang dah siap homework belum?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Spontaneous Thursday#5 Tak Matang




Adik aku selalu berkata:
"Bilalah kakak aku ni nak matang"
"Harap bila kakak balik dari kem tu kakak jadi lebih matang"


Lalu aku pun berkata:
"Aku matang ke tidak..Kau lawan cakap aku nahas kau"


Aku memang kakak yang garang..HAHAHA!!
Tapi garang tak bermakna tak sayang=)


Korang rapat tak dengan adik korang?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

SPM Kisahku#1



Semakin banyak benda baru dan banyak benda yang aku paham dalam subjek chemistry..Semakin takut nak pikir aku nak SPM TAHUN INI..
Suka belajar chemistry tapi takut nak jawab exam=,=
Perasaan takut ni lebih takut kalau tengok movie/drama seram..

Dan sekarang ni penyakit DAYDREAM aku makin menjadi2 plak dalam kelas..
Entah apa yang aku pikirkan..Entah apa yang aku angankan..
Aku sendiri tak tau..Tapi yang aku tau apa yang aku pikirkan tu merapek je...
Dah la merapek je..Lepas tu memang tak dapat concentrate la dalam kelas..
Last2 kawan sebelah aku jugak SETENGAH JAM nak pahamkan benda kecik je~

Aku selalu terpikir kalaulah aku tak dapat result cemerlang SPM apa yang aku akan buat lepas tu?Adakah aku akan berjaya masuk U?Kalau tak berjaya macamana masa depan aku?

Tiga perkara kat atas selalu menggangu fikiran aku-,-



Saper yang dah habis SPM?Korang pernah rasa camni ke?Macamana nak hilangkan kegerumuhan dan ketakutan semua ni?
Belum lagi SPM kan aku ni dah macamni..hahaha~

Banyak kan gambar dalam entri ni?Aku suka semua gambar ni..hahaha~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Ayat Yang Mematahkan Semangat


Pada suatu malam angah aku bertanya lepas SPM nak amik ape..

Angah: Nak amik lepas SPM?
Aku: Bidang pemakanan..Nutritionist(betul ke tak eja ni)..dietition..
Angah: Kalau course tu ada kat politeknik kat perlis ada..Kat polytech johor pon ada..Politech kat sini tak tau ada ke tak..
Aku: Pehal sumer politeknik jer..U kat Malaysia ni dah pupus ke?

Angah: Kau ingat senang nak masuk U senang..Straight A pon belum tentu dapat masuk U..Inikan pula result macam final exam kau last year..
Aku: !@#$%^&*


So moral of the story>Kepada abang2 kat luar sana yang ada adik nak exam besar JANGAN patahkan semangat dia..Tak Baik=,=





p/s>Sape2 yang tau apa2 yang berkaitan dengan course dietition tu bagitau la ye kat sini..Course tu terdapat di U mana kat Malaysia ni or luar negara or masa depan ke..Ape2 je la=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tips Pilih Aliran Untuk Form 4


Pemilihan aliran untuk pelajar lepas PMR amat penting..
Kebanyakannya yang aku alami ketika aku Form 4 ialah IKUT KAWAN..
Aku nasihatkan bagi pelajar Form 4 yang masih ragu2 untuk pilih aliran supaya TIDAK MENGIKUT KAWAN..
Kerana Masa Depan kita bukan terletak pada kawan kita..

Bagi Pure Science aku nasihatkan siapa yang MATH dan SC dia tak dapat A janganlah ambil aliran itu..Bukan apa..Percayalah kalau ambil juga korang akan nampak kesusahannya di pertengahan tahun nanti..

Bagi yang nak ambil aliran sains pada pengalaman akulah memang kena work hard lebih dari kelas lain..Orang kata Form 4 ni Tahun HONEYMOON..But bagi pelajar sains ni TIDAK!!Kalau honeymoon jugak macam pelajar aliran lain korang akan nampak kesusahannya di kemudian hari..Percayalah..

Kepada yang masih keliru lagi eloklah first sekali tengok result di mana yang lebihnya dan minat itu juga penting..Minta nasihat kaunselor juga penting=)
Tapi yang penting ialah usaha berterusan..Jangan ingat dah 8A PMR maknernyer kita akan dapat 8A SPM juga..Jangan sesekali bangga diri..

Kisah benar yang cikgu praktikal aku cerita dulu..Time PMR 8A disebabkan bangga diri tu lah dan tak tambahkan usaha SPM semua gred ada..



p/s:Terasa teringin beli buku rujukan sendiri pakai duit churp2..Agak2nyer boleh tercapai tak??Hrmmm~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

5 Entri Terbaik 2011


5 Entri terbaik/pOpular 2011 bedasarkan pageviews=)








Yang popular dalam setiap minggu boleh tengok kat sidebar ye=)



Korang2 apa entri terbaek korang?Tak kisah terbaik tahun lepas ke ape~Kasi link kat comment ni..
Nanti aku baca dan comment entri tu..Share2 la ye=)


p/s>Saya baru page untuk blog ni..Korang like la ye ramai2..Hope ada yang support=)




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Perokok Di "Tangga Maut"


Ahh hari pertama sudah ada benda yang menyesakkan dada..
Kelas terletak di sebelah "TANGGA MAUT"..

Sebab apa TANGGA MAUT?
Sebab biasanya perokok2 sekolah akan merokok di situ..
Dan disebabkan aku duduk berdekatan dengan tingkap dan pintu..
So PASTI akan terhidu jua bau2 tu..
Kalau hari2 macamnila~Boleh kena kanserr aku..
Heii!!Orang yang bau asap rokok lagi cepat mati dari orang merokok tau..

Aku tak kisah dorang nak buat ape pon..
Tapi bila segala perbuatan dorang ada effect kat aku dan ganggu hidung aku memang tu aku akan kisah!!


So moral of the story>Kepada perokok2 di luar sana kalau nak merokok ponn fikir2kanlah hidup orang lain yang tak bersalah..Jangan la sampai menyusahkan orang lain or menyesakkan nafas orang lain..Tengok kiri kanan pakai otak dulu baru merokok~

Ehh2 aku tak menyokong ok merokok ni just bagi aku kalau dah besar pasti sudah tau kputusan mana yang perlu dibuat rite?

p/s>Teringin nak beli buku rujukan pakai duit hasil berblogging~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Blog Berwajah Baru 2012 =)


Oh yeah Akhirnya dapat melahirkan blog berwajah baru...
Siapa ingat lagi blog aku yang berwarna oren tu??
Ok xpe kalau tak ingat atau tak tau ponn blog ni pernah kaler oren..hahaha~

If ada kekurangan or kecacatan yang buruk dimata korang
dalam blog ini bagitau je ye..
Terima sahaja kalau benda tu betul dan ada baiknye=)

Oh yeah tahun baru ni pon baru nak bermula buat page baru untuk blog ini iaitu
{FarhanahAdzlan06.Blogspot.Com)..Like ramai2 ok..Kalau tak sempat nak update kat blog segala update kat situ je ye=)

Disebabkan tahun ini ialah TAHUN SPM buat aku..Lepas ni memang dah takdelah nak update setiap hari or duduk depan komputer selama 8 jam lagi untuk blogwalking..Baca2 la ye entri yang lama2=)

Maaf kalau korang datang buat kali kedua pastu masih entri yang lama..Tetapi aku amat menghargai pengomen tegar blog aku yang aku dapat perasan iaitu {AIMIE AMALINA} Dia first commenter setelah blog ni bertukar wajah baru..


Esok 4/01/2012 dah bermula persekolahan..Hari esok aku akan bermula untuk mengejar azam aku iaitu 10A+ SPM 2012=)


Blog sekarang ni 100% aku edit sendiri selama 3hari..Nak juling mata aku edit hahaha..Yang header tu aku curik dari blog orang lain..Tapi aku paling suka BLOCKQUOTE ni..hahahaha~


Ohh sangat berat nak tinggalkan blog ni lama2 dan tanpa blogwalking..Mesti trafik jatuh punya..Follower berkurang?Hope ada pembaca setia=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Permohonan Yang Tidak Diendahkan~


Kepada kawan aku yang nak balik asrama esokk..
Selamat pulang ke asrama dengan selamat=)
Walaupun kau TERPAKSA untuk meneruskan persekolahan di sekolah itu dan permohonan kau untuk pindah sekolah tidak diluluskan oleh parents kau..
Kau TABAHKANLAH hati untuk meneruskan lagi
setahun perjalanan kau kat sekolah tu..
Aku paham perasaan kau..Aku ponn tertekan kalau berada ditempat kau kalau parents kita langsung tak mau mendengar pendapat kita dahulu..
Tapi percayalah cakap aku..Segala susah payah yang kau akan lalui tahun ini pasti akan dapat rasai kemanisannya pada tahun 2013=)
Kau ingat ye apa pesanan aku..Aku sentiasa doakan kejayaan kau kat situ..Yang penting kau kena lapangkan hati untuk meneruskan pembelajaran kat situ=)
Susah payah dulu ok tahun depan kompem kau senang~

Aku berharap family kau dengan kitaorang
tak renggang disebabkan salah faham tu~

Maaf sebab tak boleh tolong kau..Sebab bila kita cakap kita dikatakan menjawab dan kurang ajar..Bila senyap kita juga yang naya~
Apa perasaan korang dan apa yang korang akan lakukan apabila permohonan korang contohnya nak pindah sekolah ditolak habis2san dan dituduh ikut kawan oleh ibubapa korang tanpa mendengar sebab musabab korang nak pindah tu?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Peraduan Blog Tercantik


NAK JOIN?KLIK BANNER=)



TARIKH TUTUP akan umum kan pada 15 JANUARY 2012


Dah Baca? Like dan Comment la =)

TUTORIAL>Mesra Pengomen


Sekarang ni nak kasi dua tutorial dalam satu entri iaitu BUANG WORD VERIFICATION dan POP UP WINDOW COMMENT =)

Untuk Buang WORD VERIFICATION..
Yang Dalam Petak itulah WORD VERIFICATION..
Pergi SETTING>COMMENT>SHOW WORD VERIFICATION FOR COMMENT>TICK NO>TEKAN SAVE


Untuk POP UP WINDOW COMMENT PULA..Bagi yang tak tau pop up window tu adalah untuk buka tab baru if ada orang nak comment..


Pergi COMMENT>SETTING>COMMENT FORM PLACEMENT>TICK POP UP WINDOW>TEKAN SAVE


Bagi aku la kedua2 ini AMAT PENTING sebab ia mempengaruhi mood seseorang untuk comment sesuatu entri..Macam aku ni rabun tahap babun. Tak semua word verification tu jelas rite?Biasanya kalau terjadi macam tu aku takkan lagi dah comment kali kedua kat blog yang sama..hahaha~

Yang pop up window tu plak..Tak semua orang internet dia laju..Kadang2 bila nak comment kena tunggu dia loading lagi..Kalau pop up window biasanya laju dan xpayah nak menunggu=)


Ini khas untuk newbie or sesiapa yang terlepas pandang pada benda ni..Sebab masa aku buat SEGMEN haritu memang hampir kesemua newbie akan ada benda yang menyusahkan ni..hehe~



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Contest The MOST Fabulous Blog by Miss Lovouis


Nak join?Klik banner=)

DUE date : 6 JUNE 2012 / 06.06.12


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015