Info Tentang Poke Di Facebook

Dalam proses aku nak tutup FB..tiba2 aku terjumpa yang benda ni..
Terbeliak mata aku membacanya..

Adakah anda seorang yang suka menekan 'POKE' dalam Facebook? mari kongsi maksud poke yang selalu ditekan oleh sesetengah orang, google la kalau perlu. mula-mula ini anggapan saya. perkataan poke dalam dalam bahasa inggeris adalah menyapa dari belakang, tetapi dalam bahasa belah-belah afrika adalah bermain dari belakang.

poke - menusuk


jawapan wikipedia

a) poke - To prod or jab with a pointed object such as a finger or a stick.
- menyentuh atau meyapa menggunakan sesuatu yang runcing seperti jari atau ranting

b) poke gesture - Poking is an action of tapping and/or softly jabbing another person with the tip of one's finger or a
sharp object. This is usually done to gain the other's attention. However, it is also commonly used as a form of teasing, joking around with, or irritating him or her; particularly when performed repeatedly.

-Menyodok adalah tindakan penyadapan dan / atau lembut menusuk orang lain dengan hujung jari seseorang atau benda tajam. Hal ini biasanya dilakukan untuk mendapatkan perhatian lain. Namun, juga sering digunakan sebagai bentuk menggoda, bercanda dengan, atau mengganggu dia atau dia, khususnya ketika dilakukan berulang kali.


dan jawapan searching


a) As an action it means to push them with one finger,usually on the shoulder.

As a phrase it means to pressure them into to doing something that they don't want to do

it can slso mean something in a sexual manor, as to insert ones fingers into the vagina,

-Sebagai tindakan itu bererti untuk menggalakkan mereka dengan satu jari, biasanya di bahu.

Sebagai ungkapan itu bererti untuk menekan mereka ke dalam untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu melakukan
itu bererti sesuatu dalam manor seksual, untuk memasukkan jari yang ke dalam faraj,


dalam facebook, jika seseorang yang mem'poke' anda, dan anda membalasnya, ini bermaksud mereka boleh melihat maklumat anda seperti kawan yang lain termasuk maklumat peribadi dan gambar selama tiga hari walaupun mereka belum menjadi kawan anda.

dalam erti kata lain, maklumat anda mudah tersebar jika anda suka-suka untuk membalas poke seseorang, mungkin ianya untuk menarik perhatian dan kita rasakan ada orang yang menegur anda.

dunia facebook telah dicipta oleh yahudi, dan mereka tidak mencipta facebook dengan sia-sia, sebagai contoh yang paling ketara adalah relationship status, seolah-olah membenarkan dunia kapel, yang dah kahwin lain la ceritanya. Banyak benda yang kita masih lagi tidak tahu tentangnya.

terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak.

sekian terima kasih

p/s:naseb baik aku tak pernah poke orang..orang laen pun tak pernah nak maen poke2 dengan aku ni..

Sumber..Facebook Hamba Allah..


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Berubah Dari Positive Ke Negatif?

Pada 23/3/2011 telah keluarnya keputusan SPM tahun 2010..
Maka aku pun menyaksikan pelbagai ragam dan karenah budak2 yang datang sekolah tu..*cehh..''budak2''..haha..*



Maka setelah aku memerhatikan kesemuanya..
Aku dapat membuat satu konklusi yang budak2 tu dah berubah dari segi pemakaiannya sebanyak 90%..

besarkanlah untuk lebih jelas..

Ya Allah..!!Keadaan ni memang sama dengan budak PMR tahun lepas sekolah aku...Tak kira sekolah agama atau SMK..
Semuanya sama sahaja..


Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemiti-cemiti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepada mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh." (Riwayat Muslim no 3971) Dalam riwayat Imam Malik ada sambungan hadis ini iaitu: "...bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan." (Al-Muwatta', no. 1421)

Yang aku besarkan tu lah yang ingin aku menarik orang lain untuk membacanya..
Yang aku higlight kan tu..pernah aku kupaskan benda itu di entry yang sebelum ini..Click pada perkataan tersebut jika ingin membacanya..

Dai kejadian SPM tu sebenarnyer banyak benda yang kita boleh ambil sebagai pengajaran..supaya benda tu tidak berlaku pada diri kita sendiri..
Ini untuk peringatan diri sendiri dan juga saudara seIslamku..Jadikanlah Islam kita tu sebagai agama kita..Bukan sebagai budaya..

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Mengutuk Orang Lain Takpe~

Sedang aku beratur untuk mengambil makanan..
biaselah kem mesti ada bab2 beratur ni..
Tiba2 ada satu kumpulan budak sekolah ni dah bersiap nak balik...
Macam2 gaya kita dapat lihat...

Tiba2 orang dibelakang aku ni membebel
tak tentu pasal..


"Dorang ntah pape ntah..pakai tudung tapi
lengan pendek..macam cantik jerr"
"b*d*hnyer dorang ni..mcam cantik jerr kaki
nak tayang2 plak"
"Ntah pape la dorang ni..menggedik jer lebih"

Dan macam2 lagi dorang kutuk budak sekolah tu..
Aku pun pandang la budak2 yang mengutuk budak sekolah tersebut..

Pendapat aku la..
Ya..memang cara pemakaian budak2 sekolah tu salah...
Tapi kita tak berhak mengutuk dorang sedemikian rupa..
Kalau setakat nak kutuk belakang2 tu baik senyap..
Dan ambil iktibar dari dorang..

Munkin dorang kurang didedahkan or tiada orang yang menasihati dorang untuk memakai pakaian dengan betul..
Tak payah kita nak mengutuk orang lain lebih2..
Sedangkan kita ni pun sama teruk or lebih teruk dari dorang..

Sebab apa..??
Korang ingat kutuk dorang siap keluar perkataan yang tak sedap didengar tu tak berdosa ke..??
Tolong la tengok diri sendiri sebelum kutuk orang lain...
Diri sendiri pun pakai tudung tapi nampak leher..


hah..!!Kan aku plak yang
dah membebel..

Konklusinyer..Sebelum nak kutuk orang..
lihat diri kita...
Kalau ya pun dia tu teruk sangat...
Ambil la sebagai iktibar supaya kita tidak akan terikut dengan die
dan doakan la semoga die akan berubah menjadi lebih baik..



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Apa Yang Anda Tau TentangCoklat?

Muqadimah

Seperti biasa tidak boleh tidur malam...
Time orang tengah sebok ngan mimpi..aku plak sebok depan komputer...


COKLAT


Satu bar coklat mempunyai kira-kira 400 kalori..
Jika kita makan setengah ber coklat sehari..
Anda mesti mengimbangkan 200 kalori dengan
mengurangkan pengambilan makan lain.
Kurangkan makanan manis atau makanan ringan dan ganti dengan coklat untuk mengekalkan kalori yang sama.

Sememangnya enak minum susu setelah memakan satu bar coklat.
Tetapi kajian menunjukkan segelas susu selepas coklat
boleh menghalang antioksidan dalam coklat yang diserap oleh badan..


Kebaikan coklat..

>Keenakan rasanya<
>Memberi rasa seronok<
>Anti kemurungan<

Sumber..paper Mingguan..^_^


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Perbezaan Dulu Dan Sekarang?


Dulu> Kau dapat A ke B..??
Sekarang> Kau lulus ke x...??

Dulu> Dapat result exam C...Menangis..Tak puas hati...
Sekarang> Lulus(D)..Alhamdullilah...puas hati...


p/s: Chemistry aku lulus..Tak sangka..Excited giler macam tak pernah dpat lulus..haha..
Singgah blog Kera Bertudung


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Amanah Yang Perlu Dijaga !

Pada beberapa minggu yang lepas..
Cikgu sekolah aku tiba-tiba buat sportcheck..
Aku pun terfikir ada tak barang larangan aku bawak..

Time tengah fikir tu..
Pengawas nak check aku punya pencil box..
Pastu aku baru teringat yang aku bawak liquid paper..

Pastu aku relakanlah liquid aku tu kena ambil..
Dah aku salah kan..
tak boleh bawak nak bawak jugak..
Padan muka..
Hiasan sahaja..


Pastu tiba-tiba pengawas tu bersuara..
"Nah la..kau amik balik la liquid kau balik..aku dah bosan la buat keje camni"
Lalu pengawas itu pun berlalu dengan membiarkan liquid aku tu..
Pastu aku pun dah tak bawak liquid lagi..
Sebab tak boleh bawak...

Kejadian ini memberi pengajaran pada aku...
First..ikut peraturan sekolah..
Baru hati tenang..

Second..Sepatutnyer pengawas tu rampas liquid aku..
Maknernyer di sini.pengawas tu tidak menjalankan tugasnyer dengan baik..
serta tidak memegang amanah yang telah diberikan oleh guru2..
Kalau sudah bosan menjadi pengawas..
Silalah letak jawatan..

Kerana..Diakhirat Allah akan mempersoalkan tugas kita..
tanggungjawab kita di sekolah..
Adakah kita jalankan dengan baik seperti yang guru2 kita harapkan..

Guru2 kita percaya kat anda yang anda boleh menjalankan tugas dengan baik..
Tak payah la setakat nak pegang jawatan jer..



p/s: dalam hati sebenarnyer lega pengawas tu tak amik..
walaupun liquid tu murah..
tapi tu duit gak..klau dah rampas xleyh pulang pulak..haha..


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tak Kisah Keluarga Tidak Tutup Aurat?

Ketika aku dalam surau sekolah tadi..
Aku terdengarlah satu perbualan..
Bukan curi2 dengar tau..

A: Weyhh..kau keluar tak pakai tudung kan..??
B: Kadang-kadang pakai..kadang2 tak..lagipun parents aku tak kisah pun aku pakai tudung ke tak pakai tudung..

Hrmm..aku pun tak lah terkejut sangat..
Memang begitu pun parents zaman sekarang...
Itu pada pemerhatian aku lah terhadap orang sekeliling aku..
Tetapi tidak semua begitu..



Siapakah 4 orang lelaki yang akan ditarik oleh wanita untuk ke neraka??

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.



Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Lelaki... seringkali kamu Ego, walhal kamu berhadapan dengan seberat-berat tanggungjawab. Sebagai ayah, sebagai suami, sebagai abang, sebagai anak lelaki mempunyai amanah yang telah ditentukan oleh Allah terhadap perempuan disekelilingnya.

Perempuan... jika sayangkan ayahmu, jika sayangkan suamimu, jika sayang abangmu, jika sayang anak lelakimu maka sayanglah mereka dengan menuruti perintah Allah dan jauhi larangan Allah.

Firman ALLAH SWT:-
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahrim 66: 6)


Ini untuk peringatan diri sendiri juga yang selalu lupa..
dan juga orang lain yang kadang2 terlupa akan azab Allah..
Konklusinya..Marilah kita saling mengigati antara satu sama lain..
Agar sama-sama mendapat faedahnya..
Usha post ni sebelum abes..

p/s: Maaf..jika tulisan saya ini ada menyinggung sesiapa..



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015